Zlatan Sedia Digantung

Eikrem 5 bulan yang lalu

Pemain Namchester United, Zlatan Ibrahimovic kini pasrah menunggu sebarang tindakan yang dikenakan ke atasnya kerana menyiku pemain Bournemouth, Tyrone Mings dalam perlawanan Sabtu lalu yang berkesudahan seri 1-1.

Sebelum insiden sikuan tersebut, Mings dikatakan telah memijak kepala Zlatan secara tidak sengaja dan Mings juga dilihat tidak tersenyum kegembiraan sebaik memijak kepala Dewa Manchester tersebut.

Dalam ramai-ramai orang, hanya Mings yang berani memijak kepala Zlatan.

“Saya menghormati setiap keputusan,” kata pemain berusia 35 tahun itu sambil memandang lantai dengan matanya yang mula berkaca, seolah-olah cukup menyesali kejadian tempoh hari.

“Saya di sini bukan untuk menyerang sesiapa. Tujuan saya bukanlah untuk berbuat demikian. Saya ke sini mau cari wang maa,” tambah Zlatan lagi, menahan esakan yang semakin kuat kedengaran.

Dalam perlawanan menentang Bournemouth itu juga, Zlatan telah gagal menyempurnakan sepakan penalti yang dianugerahkan menuju ke minit 80 perlawanan dan disebabkan itu, pasukan Syaitan Merah ini gagal merapatkan jurang dengan pasukan di tangga kelima, Liverpool, yang menang ke atas Arsenal pada hari yang sama.

Sekiranya Zlatan digantung, kem Manchester United dijangka bakal porak peranda kerana mereka bakal kehilangan penjaring gol tetap mereka kerana setakat ini, Zlatan telah menjaringkan 26 gol.

Selain Zlatan, United mempunyai beberapa penyerang lain seperti Anthony Martial, Wayne Rooney dan juga Marcus Rashford. Jose Mourinho juga boleh kembali memanggil Ole Gunnar Solksjaer kembali daripada persaraan sekiranya kesemua penyerang tersebut gagal memberikan impak positif.