Zlatan Menganjing Arsenal

Eikrem oleh Eikrem 6 bulan yang lalu

Penyerang Manchester United, Zlatan Ibrahimovic muncul wira pasukan Syaitan Merah Itu setelah menjaringkan dua gol dalam perlawanan akhir Piala EFL semalam, sekaligus diumumkan sebagai pemain terbaik perlawanan.

Apa yang menarik, ketika ditembual wartawan selepas perlawanan tersebut, Zlatan menganjing pasukan dari London Utara, Arsenal.

"Kami menang. Selepas tujuh bulan aku di sini, aku dah dapat dua trofi,"kata Zlatan.

"Tapi ada satu kelab tu mereka tak menang liga dalam tempoh 10 tahun. Aku gembira la juga sebab aku dah menang apa yang mereka menang dalam tempoh 10 tahun.

Sepanjang 10 tahun lalu, Arsenal sekadar memenangi satu Piala FA dan satu Piala Liga serta kosong Liga Perdana, apatah lagi Liga Juara-juara.

Penyerang Sweden itu kini telah mengumpul sebanyak 26 gol, satu angka yang cukup cemerlang bagi seorang pemain yang berusia 35 tahun. Tidak terlalu leka dengan kemenangan semalam, Zlatan mahukan lebih banyak kejuaraan dan kemenangan.

"Aku datang sini untuk menang, dan terus menang. Lagi banyak aku menang, lagi puas hati aku," ujar Zlatan sambil tersenyum sinis. Mungkin terkenang kepada nasib Arsenal.

Kemenangan Piala EFL tersebut menjadikan United muncul kelab England yang paling berjaya dengan 42 kejuaraan - termasuklah 20 gelaran liga dan 3 Liga Juara-juara. Jika mereka memenangi Liga Europa pada tahun ini bermakna mereka bakal mencipta sejarah memenangi semua piala yang dipertandingkan di bumi eropah.




Paparkan Komen