Zlatan Membidas Manchester United Kerana Masih Hidup Dibawah Bayangan Ferguson

Encik Bakri oleh Encik Bakri 3 bulan yang lalu

Zlatan Ibrahimovic telah mendedahkan bahawa masalah terbesar Manchester United adalah tidak mampu untuk keluar dari bayangan Sir Alex Ferguson dan masih lagi meneruskan hidup dibawah bayangan pengurus teragung itu.

Sir Alex Ferguson merupakan jurulatih bola sepak yang paling berjaya dalam sejarah di mana beliau telah membimbing Manchester United memenangi pelbagai kejuaraan, anugerah dan pingat dari tahun 1986 sehingga 2013.

Ferguson dilahirkan pada 31 Disember 1941 berasal dari Scotland merupakan seorang bekas pemain dan telah menjadi sebagai antara pengurus yang paling berjaya dalam dunia bola sepak bersama pasukan Manchester United.

Tanggal 6 November 1986 menyaksikan Sir Alex Ferguson telah dilantik sebagai pengurus di Old Trafford. Fergie bernasib baik kerana diberi peluang untuk walaupun mengharungi permulaan yang tidak berapa memberansangkan.

Masih dibayangi kegemilangan lalu dan tidak mahu untuk terus maju.

Jarang ada pengurus atau jurulatih yang mampu bertahan di sesuatu kelab selama 27 tahun dan memenangi kejuaraan seperti Ferguson, tambahan pula bola sepak sekarang menjadi satu industri yang memberikan pulangan kewangan yang besar dan membuatkan para pengurus dan jurulatih senang dipecat walau tewas tiga perlawanan berturut-turut.

Bekas pemain kebangsaan Sweden itu berharap Setan Merah memandang ke depan dan membina empayar baru dengan berpaksikan pemain seperti Paul Pogba dan Marcus Rashford yang pernah menjadi rakan sepasukannya selama 18 bulan.

"Segalanya yang terjadi kini semuanya dinilai dan dibandingkan dengan era Ferguson. Mereka berkata jika Ferguson masih disini, semua ini tidak terjadi, Ferguson takkan melakukan perkara seperti itu."

"Aku tak mahu dengan tentang apa terjadi sebelum ini. Aku mahu melakukan perkara untuk masa depan. Kau mara dengan mentaliti baru. Ferguson mempunyai tempatnya dalam sejarah kelab tetapi sekarang kelab terus berjalan."

"Kau kena cari identiti baru dan itu sangat sukar."

King!!!

Kegagalan Manchester United untuk melupakan rejim Sir alex Ferguson yang penuh dengan kegemilangan dan kini Setan Merah sering dikritik oleh bekas pemain Class of 92.

Ibrahimovic telah menggelarkan situasi ini sebagai 'The Circle of Ferguson'.

Pak Berahim juga menganggap bekas pemain seperti Gary Neville dan Paul Scholes terlalu banyak menghabiskan masa merungut mengenai United kerana mereka cari makan di kaca Televisye dan tidak aktif bersama kelab.

"Jika kau nak berkerja bersama kelab, pergi dan mintak kerja dengan kelab. Jadi kau tak boleh mucul di tv dan selalu merungut dan mengkritik."

"Dalam 'The Circle of Ferguson' mereka tak suka Pogba yang pergi dan kembali semula. Kerana mereka ini telah setia sepanjang hidup mereka bersama Ferguson dan tidak pernah berganjak. Dan mereka tidak akan bercakapk jika Ferguson menyuruh mereka menutup mulut."

Move on la Setan!

Untuk mara terus mara ke depan Manchester United harus membina kembali empayar mereka dan di mata Pak Berahim, Pogba dan Rashford boleh memimpin Manchester United baru.

"Aku rasa, Pogba mempunyai potensi untuk menjadi pemain terbaik dunia pada posisinya. Pogba lelaki yang baik, rajin berlatih, mendengar kata."

"Pogba sentiasa mahu menjadi terbaik dan mahu menang serta mahu beri yang terbaik di setiap perlawanan."

"Rashford merupakan masa depan Manchester United."

"Pada mulanya aku tengok Rashford ni bermain kepada individu tapi sekarang Rashford bermain secara berpasukan."

"Rashford menggunakan kualitinya untuk pasukan dan bukan untuk dirinya saja."

"Beliau mempunyai potensi besar dan masa depan yang cerah bersama United dan yang paling istimewa beliau datang dari akademi."

"Aku rasa budak ni tidak terbatas."

Ole membuatkan bayang Fergie semakin kuat?

Apa yang diutarakan oleh Pak Berahim ini ada benarnya malah ada kalangan Manchester United mahu Setan Merah keluar dari bayangan Ferguson. Bak kata pepatah 'Move On'.

Sejak datangnya Ole Gunnar Solskjaer bayangan Ferguson semakin kuat dan tiap kali Setan Merah cipta kebangkitan maka nama Ferguson turut disebut-sebut.

Sejak perginya Ferguson, Manchester United tidak lagi mengecap kejuaraan Premier League dan tidak lagi menjadi regular malah bergelut di Champion League.

Namun Setan Merah tidak kemarau kejuaraan dalam tempoh permergian Feguson, mereka telah memenangai Piala FA dan Europa League.

United bakal kembali menemui mojo dengan bersandarkan kepada Pogba dan Rashford.

Malah Pengurus sementara Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer meluahkan perasaan gembiranya selepas pemainnya menunjukkan semangat luar biasa untuk bangkit dari ketinggalan seterusnya mencatatkan kemenangan ke atas Southampton sebelum ini.

"Cara kami bangkit tadi sama seperti waktu dulu-dulu. Saya sendiri sudah banyak kali terlibat dalam situasi seperti tadi." Ujar Solskjaer ketika ditemu ramah.




Paparkan Komen