Zlatan Ibrahimovic Tidak Menawarkan Kontrak Baru Kepada Manchester United

Encik Bakri oleh Encik Bakri 4 bulan yang lalu

Jodoh Zlatan Ibrahimovic dan Manchester United akhirnya terlerai, Zlatan disahkan tidak akan menawarkan kontrak baru kepada Manchester United untuk saingan musim 2017/18 dan dilepaskan dengan cara yang baik dan penuh beradat.

Zlatan Dan Pogba (SkySport)

Sebelum ini kontrak pemain berusia 35 tahun itu telah ditandatangan selama setahun dengan pilihan sambungan kontrak untuk musim kedua, tetapi semua itu tidak menjadi kenyataan ekoran kecederaan yang dialami Zlatan.

Kecederaan lutut Zlatan

Kecederaan ligamen lutut yang dialami Zlatan merupakan punca perpisahan ini terjadi dan melalui senarai pemain yang dilepaskan yang dikeluarkan oleh Premier League maka sahlah perkara ini.

Zlatan dijangka boleh kembali beraksi pada awal tahun 2018 jadi harapan untuk Zlatan diikat mana-mana kelab pada musim panas ini agak sukar. Mungkin pada perpindahan Januari Zlatan akan menawarkan kontrak kepada kelab yang beliau suka.

Jangan bagi Zlatan marah!

Mungkin kembali ke United?

Statistik Zlatan Bersama Manchester United

1. Penjaring terbanyak Manchester United dalam semua kejohanan dengan 28 gol.

Premier League -17 gol
Europa League - 5 go
League CUp - 4
FA Cup - 1
Community Shield - 1

2. Zlatan mempunyai 46 penampilan dengan 41 kali bermula sebagai kesebelasan utama dan bermain selama 3847 minit.




Paparkan Komen