Zlatan Ibrahimovic Menjaringkan Gol Pertama Bersama AC Milan

Share on facebook
Share on twitter

Pemain baru diikat AC Milan, Zlatan Ibarhimovic telah menjaringkan gol pertamanya bersama AC Milan ketika menewaskan Cagliari dengan dua jaringan tanpa balas.

Ini merupakan perlawanan kedua Zlatan dan perlawanan pertama Zlatan bermula dari kesebelasan utama AC Milan selepas masuk dari bangku simpanan ketika seri menentang Sampdoria.

AC Milan kembali menyertai Zlatan pada disember lalu melalui perpincahan percuma dengan kontrak selama 6 bulan dengan pilihan lanjutan selama setahun.

Zlatan seperti biasa terkenal dengan sikap angkuh dan sembang terbangnya berkata mahukan kehadiran 70 ribu penonton jika tidak beliau tidak akan bermain.

“Berapa ramai penonton yang aku harapkan hadir ke San Siro esok?”

“60,000 orang? Tak.”

“Aku nak sekurang kurangnya 70,000 orang, ataupun aku tak akan main esok.”

Sembang kencang yang boleh membuatkan semua binatang terbang Zlatan dibuktikan dengan jaringan pertama beliau untuk AC Milan.

Zlatan yang menerima hantaran daripada Theo Hernandez dengan bersahaja melakukan rembatan leret yang melantun-lantun menewaskan penjaga gol Cagliari.

Dengan jaringan ini Zlatan Ibrahimovic menjadi penjaring gol kelima tertua di Seria A pada usia 38 tahun 100 hari di belakang:

1. Costacurta – 41 tahun 25 hari

2. Maldini – 39 tahun 277 hari

3. Inzaghi – 38 tahun 277 hari

4. Liedhom – 38 tahun 120 hari

5. Zlatan – 38 tahun 100 hari

https://twitter.com/OptaPaolo/status/121602727203096985

Zlatan Ibrahimovic sebelum ini pernah menyarung jersi AC Milan dan membantu pasukan itu menjadi Juara Liga Itali sebelum meninggalkan AC Milan pada tahun 2012.

Sejak meninggal Rossoneri, Zlatan pernah bersama dengan pasukan handalan dan tak handal seperti PSG, Manchester United dan LA Galaxy.

Share on facebook
Share on twitter