The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Ziyad Memberi Semangat Kepada KJ Mengubah Layanan Terhadap Atlet Para

Encik Bakri pada September 19, 2016

Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan mengimbau kembali bagaimana semangat Ziyad membuka mata dan memberi semangat kepada beliau untuk mengubah layanan kepada Atlet Para. Sebelum ini insentif yang diterima oleh Atlet Para hanya 30 peratus dari nilai ganjaran atlet normal.

Ikuti kisah tersebut yang di petik dari Laman Facebook Khairy Jamaluddin

Ziyad Memberi Semangat Kepada KJ Mengubah Layanan Terhadap Atlet Para

Masih tak boleh move on dari kemenangan Ridzuan dan Ziyad awal pagi tadi. Tergerak hati nak ceritakan peristiwa tiga tahun lepas. Saya baru dua bulan sahaja dilantik jadi Menteri Sukan. Tiba-tiba terima berita dari Lyon, France seorang atlet negara bernama Ziyad Zolkefli telah menang di kejohanan olahraga dunia. Dunia beb!

Lepas saya terima berita tersebut saya tanya pegawai semada kementerian menyediakan insentif untuk kemenangan tersebut. Saya diberi jawapan memang ada.

“Tapi YB jumlah yang diberi kurang sebab ini sukan para.” Saya tanya kurang berapa. “Atlet para ni dapat 30% dari nilai ganjaran atlet biasa/normal.”

Beberapa hari kemudian ada mesyuarat Lembaga Majlis Sukan Negara. Saya selaku Menteri dan juga Pengerusi MSN sendiri bangkitkan isu ganjaran untuk atlet para. Saya kata tidak adil mereka terima insentif kurang dari atlet biasa.

Saya cadangkan kita tukar polisi ini. Bagi sama rata. Macam-macam hujah diberi untuk menidakkan cadangan saya.

“Paralimpik ini baharu.” “Acara mereka tak ramai penyertaan.” “Paralimpik ini terlalu banyak kategori acara, mudah untuk menang.” Nampak gaya lembaga cenderung untuk menolak cadangan saya.

Saya teringat balik pada Ziyad dan pengorbanannya. Takkan saya mengalah sedangkan beliau mengatasi segala kekurangan untuk menjadi juara dunia? Bilik mesyuarat senyap, menunggu Menteri baharu, muda dan mentah menyerah kalah di tangan para otai pentadbir sukan.

Saya pinjamkan semangat Ziyad dan saya tanya satu soalan sahaja. Saya masih ingat, saya tanya dalam Bahasa Inggeris.

“Do any of you around this table know what it takes to become a world champion with a disability? What it takes to overcome your disability and succeed?” Tiada seorang pun dapat menjawab. Saya sambung,

“Baiklah, daripada sekarang atlet Malaysia semua, tak kira biasa ke, para ke, diberi ganjaran yang sama.”

Terima kasih Ziyad kerana memberi saya semangat untuk mengubah layanan terhadap atlet para tiga tahun lepas. Hari ini Malaysia is one of the only countries in the world yang memberi insentif sama kepada atlet biasa dan atlet ‘luarbiasa’.

Our para athletes’ achievements and sacrifices must be honoured the same as other athletes. Not 30% of ‘normal’ athletes. I would not know how to feel 30% proud of them.

I only feel 100% proud of our para heroes. They have shown us that yes, they are not ordinary. They are extraordinary. LUAR BIASA!


Download aplikasi The Sukan di Google Play