The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Zainal Abidin dan Mat Zan Pemenang Anugerah Jurulatih Terbaik Bulan Februari

Encik Bakri pada March 26, 2016

PETALING JAYA: Ketua jurulatih Selangor, Zainal Abidin Hassan dan ketua jurulatih Melaka United, Mat Zan Mat Aris dipilih Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM) sebagai penerima pertama Anugerah Jurulatih Terbaik masing-masing untuk Liga Super dan Liga Perdana bagi bulan Februari.

Presiden PJBM, B Sathianathan, berkata pemilihan bagi penerima anugerah itu dibuat berdasarkan sistem merit (kiraan mata) prestasi pasukan masing-masing.

“Kesemua pasukan di dalam liga akan dipecahkan kepada tiga kumpulan yang berdasarkan tahap kebolehan pasukan tersebut.

“Bagi bulan Februari, ..untuk Liga Super, pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Selangor, Felda United dan Terengganu di tempatkan dalam kumpulan satu manakala Kedah, Perak, Kelantan dan Perlis ditempatkan dalam kumpulan dua. Selebihnya dalam kumpulan tiga,” katanya pada sidang media pengenalan Anugerah Jurulatih Terbaik Bulanan di Wisma FAM, Kelana Jaya, di sini hari ini.

Menjelaskan mengenai cara pengiraan mata itu, Sathianathan berkata ia dikira berdasarkan perlawanan yang berlangsung.

“Sebagai contoh, perlawanan dalam kumpulan satu antara Selangor dan JDT, jika perlawanan diadakan di Selangor dan Selangor memenangi perlawanan tersebut, mereka akan mendapat dua mata dan jika seri mereka mendapat satu mata.

“Sekiranya perlawanan tersebut dijalankan di tempat lawan dan Selangor menang, mereka akan mendapat tiga mata… jika seri mereka mendapat dua mata,” katanya. Bagaimanapun, setiap perlawanan yang melibatkan pasukan-pasukan dalam kumpulan satu, dua dan tiga mempunyai sistem permarkahan yang berbeza.

“Bagi penilaian untuk jurulatih Liga Perdana, cara pengiraan mata adalah sama seperti Liga Super,” katanya.

Sathianathan berkata anugerah itu adalah sebagai dorongan buat semua jurulatih dalam Liga Malaysia untuk terus berusaha di samping memberi pengiktirafan kepada mereka.

Menurutnya, anugerah berkenaan akan diperluaskan tahun hadapan dengan melibatkan Liga Presiden dan Liga Belia. – BERNAMA

Selanjutnya di : Berita Harian