The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Zahasmi Ismail – Penyelamat The Red Warriors?

Eikrem pada July 9, 2015

Setelah mengalami kekalahan demi kekalahan, Kelantan akhirnya Berjaya menamatkan badi dengan kemenangan ke atas PDRM 3-1 di Stadium Shah Alam pada 8 Julai 2015. Perletakan jawatan Azraai Khor dilihat seolah-olah tidak mendatangkan kesan negatif, malah corak permainan Kelantan dilihat lebih segar dalam perlawanan tersebut.

Kemenangan itu sangat dituntut untuk mengembalikan kepercayaan penyokong The Red Warriors, dan pada masa yang sama mengembalikan semula kemeriahan Liga Super yang sedikit terencat akibat prestasi buruk skuad gergasi pantai timur itu.

Menentang PDRM, Kelantan dibimbing legenda dan bekas kapten mereka, Zahasmi Ismail. Piya dilihat hampir kembali ke prestasinya sebagai pemain tengah terbaik Malaysia sebelum ini, Gilmar pula menunjukkan ‘work rate’ yang tinggi dan layak dinobatkan pemain terbaik perlawanan walaupun tidak menjaringkan sebarang gol.

Berumur 47 tahun, Zahasmi bersara dari bermain bola sepak pada 2004, yang merupakan musim terburuk sejarah bola sepak Cik Siti Wan Kembang apabila  Kelantan terjerumus ke Liga FAM buat pertama kalinya dalam sejarah bola sepak negeri itu.

kelan.jpg
Zahasmi (duduk dua dari kiri) bersama skuad di bawah bimbingan M.Karathu dalam Liga Semi Pro 1993.

Bermain di posisi pertahanan tengah, Zahasmi dilabel sebagai kereta kebal oleh para penyokong kerana kekerasan permainannya. Paling diingati, insidennya bersama penyerang Selangor, Zolts Bucs, di stadium Merdeka pada 1994, menyebabkannya digantung sehingga akhir musim. Pada tahun 1997, Zahasmi sekali lagi digantung perlawanan akibat serangan ‘flying kick’ke atas seorang pemain Terengganu.

Karakternya yang ‘bekeng’ menjadikannya digeruni lawan dan kawan semasa di atas padang.

Pada era Tan Sri Annuar Musa, Kelantan dilihat begitu gagah di arena bola sepak tempatan dan Zahasmi secara tidak langsung turut terlibat dalam menaikkan nama pasukan kesayangannya. beliau pernah membimbing skuad piala Presiden Kelantan dan telah membawa pasuka piala Emas Raja-raja Kelantan muncul sebagai juara sebelum ini.

Brazil v Germany 2014 FIFA World Cup Wikipedia the free encyclopedia

Dari sudut pengalaman luasnya bersama Kelantan, Zahasmi sudah pastinya mengetahui selok belok perjalanan dan pengurusan bola sepak Kelantan. Di sebalik nama-nama jurulatih seperti B. Sathianathan, Bojan Hodak dan K. Rajagobal, adakah Zahasmi patut diberi peluang untuk terus mengemudi Kelantan sekurang-kurangnya sehingga akhir musim 2015?


Download aplikasi The Sukan di Google Play