The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Yaya Toure Meluat Dan Jelek

Encik Bakri pada October 21, 2015

London: Yaya Toure mengakui meluat dan berasa jelek tidak diberi penghormatan yang berhak diterimanya di England.

Pemain tengah Manchester City itu mendakwa tidak mendapat penghormatan mencukupi biarpun muncul inspirasi membantu kelab meraih dua gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL), Piala FA dan Piala Liga sejak perpindahan bernilai £24 juta (RM159 juta) dari Barcelona pada 2010.

Pemain berusia 32 tahun terbabit turut berang terhadap layanan diterima menyebabkannya tidak mahu dua anaknya terbabit dalam bolasepak.

Toure berkata: “Saya tidak mahu mereka melalui segala gala pernah saya tanggung. Ia menyakitkan saya.
“Saya belajar untuk mereka. Itulah saya beritahu kepada isteri.

Anda tahu semua orang memikirkan saya rasa gembira. Saya memenangi kejuaraan dan mempunyai banyak wang tetapi sebenarnya tidak gembira”. – Mirror