Yaya Toure Akui Memandu Dalam Keadaan Mabuk Tetapi Berkeras Berkata Beliau Tidak Ambil Minuman Keras

Encik Bakri oleh Encik Bakri 11 bulan yang lalu

Yaya Toure mengaku bersalah memandu dalam keadaan paras alkohol melebihi tahap yang dibenarkan tetapi dalam masa yang sama sedikit misteri timbul apabila Yaya Toure berkeras menyatakan bahawa beliau tidak mengambil minuman keras.

Satu kejutan apabila Yaya Toure ditahan atas tuduhan itu kerana Toure merupakan seorang Muslim yang sebelum menolak Champagne yang diberikan kepada Pemain Terbaik Perlawanan (Man Of The Match) kerana pegangan agamanya.

Pada isnin, Yaya Toure tidak membantah di atas tuduhan memandu dalam keadaan mabuk oleh mahkamah selepas ditahan oleh polis. Atas pertuduhan itu menyaksikan beliau di larang memandu untuk tempoh 18 bulan.

Yaya Taoure mengakui bahawa memandu dalam keadaan mabuk adalah kesalahan yang serius tetapi Yaya menyatakan bahawa beliau mengambil alkohol secara tidak sengaja oleh itu beliau sedia menerima hukuman dan denda.

Dalam pada itu melalui laman muka bukunya, Yaya Toure telah mengeluarkan kenyataan penuh berhubung kejadian dan hukuman itu.

Kenyataan Penuh Yaya Toure

"Sejak dua minggu lepas berlaku kekeliruan kenapa saya ditahan ketika memandu semasa mabuk, seperti yang diketahui umum saya seorang Muslim dan tidak mengambil minuman keras.

"Saya sentiasa menolak alkohol. Sesiapa yang mengenali saya dan mengikuti perkembangan bola sepak akan melihat saya menolak Chanmpagne untuk permain terbaik perlawanan kerana komitmen saya kepada agama saya.

"Perkara ini sudah di selesaikan di Mahkamah pada Isnin. Kerana saya berada dalam keadaan tahap alkohol melebihi dari apa yang dibenarkan apabila diuji(polis) pada malam itu, saya membuat keputusan untuk tidak membantah tuduhan itu. Walaubagaimanapun, penting bagi saya untuk memberitahu mahkamah bahawa saya mengambil alkohol secara tidak sengaja. Hakim dalam penghukumannya menerima alasan bahawa saya mengambil alkohol dengan tidak sengaja.

"Memandu semasa mabuk adalah satu kesalahan yang serius dan walaupun saya tidak sengaja mengambil alkohol saya menerima penggantungan dan denda dan saya memohon maaf atas kejadian ini. Saya berterima kasih kepada keluarga, pengurusan dan staff di Manchester City, barisan guaman dan peminat untuk sokongan mereka berikan kepada saya ketika melalui detik yang sukar ini.




Paparkan Komen