Xabi Alonso Bersara Hujung Musim

Eikrem oleh Eikrem 6 bulan yang lalu

Pemain tengah Bayern Munich, Xabi Alonso hari ini telah mengesahkan dia akan bersara daripada bola sepak pada hujung musim ini. Perkara ini telah disahkan oleh Xabi sendiri, dan Bayern Munich, kedua-duanya melalui laman sosial Twitter.

Cool sekali cara Alonso mengucapkan selamat tinggal.

Pengumuman rasmi daripada Bayern Munich.

Bekas pemain antarabangsa Sepanyol itu telah memenangi Piala Dunia dan dua Kejohanan Eropah bersama La Furia Roja memulakan kariernya bersama Real Sociedad pada tahun 1999, sebelum menyertai Liverpool pada tahun 2004, dan menjaringkan satu gol dalam perlawanan akhir Liga Juara-juara membantu The Reds menewaskan AC Milan di Istanbul.

Selepas Liverpool, Alonso menyertai Real Madrid dan sekali lagi memenangi Liga Juara-juara, dua Copa Del Rey dan La Liga, sebelum melangkah ke Jerman menyertai Bayern Munich di bawah kendalian Pep Guardiola. Bersama Bayern, Alonso memenangi dua Bundesliga dan satu DFB-Pokal.

Alonso walaubagaimanapun masih belum mengumumkan langkah berikutnya sama ada dia akan menceburkan diri dalam bidang kejurulatihan atau tidak.

Alonso juga dikenali sebagai pemain yang sangat cool dan disukai ramai walaupun dari kelab musuhnya. Berikut adalah antara tweet peminat yang mengucapkan selamat tinggal buat lagenda ini.




Paparkan Komen