Wira Tidak Didendang : Cha Bum-Kun Lagenda Bola Sepak Korea Selatan

Seladang Tacts Amirul oleh Seladang Tacts Amirul 6 bulan yang lalu

Apabila sebut tentang Korea Selatan, pastinya nama seperti Son Heung-Min, Park Ji-Sung dan Ahn Jung-Hwan melintas bak gerabak ETS di dalam fikiran kita, bukan? Persoalannya, ramaikah yang mengenali lagenda Korea, Cha Bum Kun ini?

Cha Bum-Kun berasal daripada Hwaseong, Wilayah Gyeonggi di Korea Selatan. Beliau mencatat rekod sebagai pemain termuda yang pernah dipanggil beraksi untuk skuad kebangsaan pada 1972. Bakatnya diperhatikan oleh Friedel Rausch, pengurus Eintracht Frankfurt (1979-1980), ketika menyarung jersi kebangsaan.

Bum-Kun Ke Eropah

Bum-Kun pun tiba di Bundesliga, tetapi bukan sebagai pemain Asia pertama ke sana memandangkan Yasuhiko Okudera tiba dahulu pada tahun 1988 dan menyertai Koln. Bum-Kun pula menyertai SV Darmstadt 98 pada 1979 walaupun diintai Eintracht Frankfurt.

Lagenda Korea Selatan Belanja Like

Namun, malang buat Bum-Kun, dia terpaksa melupakan hasratnya untuk bermain di Bundesliga lebih awal apabila terpaksa menyertai khidmat negara selama 5 bulan. Mungkin inilah sebab mengapa beliau tidak bermain di pusingan akhir kelayakan Olimpik Moscow 1980, Malaysia menentang Korea Selatan.

Ibarat senikata lagu ‘berhantu’ Ukays, tamat sahaja sesi khidmat negaranya, Bum-Kun kembali ke Jerman namun bermain untuk kelab yang sudah lama menantikan khidmatnya, Eintracht Frankfurt. Di sana, beliau berjaya menjaringkan 46 gol daripada 122 penampilan dan pernah menjaringkan gol dalam 3 perlawanan berturut-turut.

Kenangan Pahit dan Manis

Paling manis buat beliau, beliau memenangi Piala UEFA (kini dipanggil Liga Eropah UEFA) 1979-1980 dan dinobatkan ‘Pemain Terbaik Perlawanan Akhir’ apabila menewaskan Aberdeen, yang ketika itu dilatih pengurus lagenda, Sir Alex Ferguson. Majalah ‘German Kickers’ menggelarkan beliau sebagai ‘Tscha Boom’ atas dasar nama dan kebolehannya menendang padu, bukannya tinggi melangit macam pemain Malaysia.

Pada 1981, Cha Bum-Kun mengalami kecederaan serius yang boleh menamatkan kariernya namun beliau sempat pulih sebelum perlawanan akhir Piala Jerman yang menyaksikan dia berjaya menjaringkan gol dalam perlawanan yang berkesudahan 3-1 itu.

Sekitar tahun 1983, Cha Bum-Kun membuat keputusan untuk berpindah ke kelab kesayangan Son Heung-Min, Bayer Leverkusen. Beliau berjaya menjaringkan 52 gol daripada 185 pernampilannya dan berjaya sekali lagi menjuarai Piala UEFA setelah menumpaskan Espanyol pada penentuan sepakan percuma setelah perlawanan terikat 3-3.

Bersara

Cha Bum-Kun bersara pada 1989 dan mencatatkan satu rekod yang mampu buat Lionel Messi, Cristiano Ronaldo dan Lewandowski menangis, tertunduk malu! Cha Bum-Kun berjaya menjaringkan 98 gol (dan tiada daripadanya gol sepakan penalti) daripada 308 penampilan dan yang paling penting, beliau hanya mengutip 1 kad kuning.

Cha Du-ri Merupakan Anak Kepada Cha Bum-Kun. Anak Beranak Legend!

Di peringkat antarabangsa, beliau agak kurang menyerlah dan tidak pernah mara lebih jauh dalam pertandingan Piala Dunia. Namun begitu, rekodnya bersama skuad kebangsaan tetap memuaskan dengan berjaya menjaringkan 58 gol daripada 135 perlawanan.

Berikut adalah beberapa kata-kata daripada ikon bola sepak dunia terkenal (dan bukannya Fattah Amin) :

Oliver Kahn

Apabila bertemu Cha Bum-Kun

Saya mahukan autograf anda. Ianya satu penghormatan untuk berada di sini bersama anda.

Luís Figo

Tscha Boom (Cha Bum-Kun) merupakan hero terbaik saya dalam bola sepak.

Pelé

Tscha Boom (Cha Bum-Kun) benar-benar tahu bermain bola!

Franz Beckenbauer

Saya patut menghormati ibu Cha Bum-Kun. Jika Cha orang Jerman, tiada ragu lagi saya akan panggil dia mewakili skuad kebangsaan Jerman.

Lothar Matthäus

Matthaus yang muda apabila apabila gagal mengawasi Cha Bum dalam sebuah perlawanan

Saya masih muda. Tscha Boom ialah pemain terbaik di dunia!

Paolo Maldini

Lagenda yang akan dikenang selamanya.

Saya sungguh bernasib baik kerana tidak perlu menentang.

Jürgen Klinsmann

Bila orang kata dia lebih bagus daripada Cha Bum-Kun

Saya akui saya pemain yang bagus, tetapi saya belum di tahap Tscha Boom.

Sir Alex Ferguson

Apabila Aberdeen ditewaskan Frankfurt di Piala UEFA

Masalah yang kami gagal selesaikan ialah Tscha Boom. Kami tak mampu hentikan beliau. Dia begitu hebat!




Paparkan Komen