The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Wilmots benarkan pemainnya merokok

Eikrem pada June 26, 2016

Jurulatih Belgium, Marc Wilmots agak bersahaja ketika ditanya oleh wartawan Sporza sama ada pemain utamanya, Pak Radja Nainggolan merokok.

download (1)

“Ya, Pak Radja merokok. Ia satu kebiasaan bagi mereka yang tinggal di Itali dan Perancis.”

Tidak dapat dipastikan jenama rokok yang digemari Radja, yang berdarah Indonesia, mungkin Surya merah 12. “Saya tak akan menghalangnya (dari merokok) jika itu adalah keperluannya. Saya fleksibel dalam hal ini, kerana itu ialah badannya.

“Saya okay dalam hal ini asalkan dia cemerlang di padang.

“Sebab itu jugalah saya akan meminta bilik yang mempunyai balkoni untuk Pak Radja untuk mengelakkan pengesan asap.”

Radja agak cemerlang di edisi Euro kali ini dengan 85% hantaran tepat, dan 1 gol menarik ketika menentang Sweden.

Statistik Radja setakat ini
Statistik Radja setakat ini

Radja dijangka akan diturunkan senagai pemain utama menentang Hungary nanti.

Tidak dapat dipastikan jenama rokok yang digemari Radja, yang berdarah Indonesia, mungkin Surya merah 12.


Download aplikasi The Sukan di Google Play