Wenger Tuduh Barcelona Dibantu Pengadil

Eikrem 4 bulan yang lalu

Pengurus Arsenal, Professor Arsene Wenger ternyata masih lagi dibelenggu rasa sedih, amarah dan penyesalan akibat daripada kekalahan besar 10-2 secara aggregat menentang Bayern Munich. Semalam, tepat 24 jam selepas peristiwa penghapusan etnik di Emirates, menyaksikan Barcelona membuat satu kejutan terlampau dalam sejarah bola sepak apabila membelasah PSG 6-1 di laman sendiri, sekaligus melayakkan diri ke pusingan suku akhir dengan aggregat 6-5.

Wenger walaubagaimanapun tidak kagum dengan kehebatan Barcelona itu, malah dia menuduh pasukan Catalan tersebut dibantu oleh pengadil, dan membandingkan nasib Arsenal yang langsung tidak mendapat perhatian pengadil.

Koscielny dilayangkan kad merah

Ketika sesi sidang media hari ini, Wenger berkata,”Perlawanan semalam (Barcelona-PSG) menunjukkan kepentingan dua faktor – pengadil dan pemain hebat.”

Ketika para wartawan memintanya untuk mengulas dengan lebih lanjut, Wenger sekadar berkata,”Dah. Itu sahaja rumusan hari ini. Pak Cik nak gi minum anlene pulak.”

Dalam perlawanan menentang Bayern, pemain Arsenal, Laurent Koscielny telah dilayangkan kad merah setelah menjatuhkan Robert Lewandowski dalam kotak penalti sekaligus menyaksikan Bayern memulakan pesta gol.

Kekalahan kepada Bayern juga menyaksikan para penyokong Arsenal semakin hilang sabar dengan Wenger dan semakin bersemangat menyuruh orang tua itu meletakkan jawatan, namun Wenger dengan tenang mengatakan bahawa perlawanan menentang Bayern bukanlah kayu pengukur kontraknysa dengan Arsenal.

Sumber rujukan : Metro