The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Wayne Rooney Memohon Maaf Selepas Gambarnya Ketika Mabuk Tersebar

Encik Bakri pada November 17, 2016

Pemain kebangsaan England telah meminta maaf kepada Gareth Southgate perngurus sementara pasukan England selepas gambarnya ketika mabuk di sebuah majlis perkahwinan disebar oleh akhbar The Sun.

Penyebaran gambar itu nyata mengundang rasa marah netizen England. Sesetengah peminat telah mengaitkan kerana sebab inilah Rooney tidak disenaraikan bersama pasukan England ketika seri 2-2 menentang Spain pada Selasa bukan disebabkan kecederaan.

rooney
Gambar : The Sun

Gambar yang didedahkan oleh The Sun itu menunjukkan Rooney kelihatan mabuk pada awal pagi Ahad yang merupakan hari rehat bagi semua pemain dan pasukan England di sebuah majlis perkahwinan.

Ekoran tersebarnya isu ini dan telah disifatkan perkara ini sangat memalukan bagi seseorang yang berada di posisinya, pihak Rooney tampil meminta maaf melalui satu kenyataan,

“Wayne (Rooney) memohon maaf ke atas gambar yang telah diambil dan disiarkan.

“Ketika itu adalah hari rehat bagi semua pemain dan pasukan, dia memohon maaf sepenuhnya ke atas gambar tersebut yang dianggap tidak sepatutnya berlaku bagi seseorang yang berada di posisi sepertinya.

rooney-mabuk
Gambar : The Sun

“Awal hari ini juga Wayne telah bercakap dengan Gareth Southgate dan Pengarah Teknikal FA, Dan Ashworth untuk memohon maaf.

“Malah dia juga memohon maaf kepada semua penyokong muda yang melihat gambar tersebut,”

Wayne “RudeBoy” Rooney lama dah tak buat hal.


Download aplikasi The Sukan di Google Play