Wayne Rooney Kalah Judi Hampir RM3 juta Dalam Tempoh 2 Jam

Eikrem 2 bulan yang lalu

Kapten Manchester United memang jarang bermain di padang dan sering diketepikan oleh Jose Mourinho. Jadi untuk mengisi masa lapang, Wayne Rooney memilih sebuah kasino di Manchester untuk ‘melaburkan’ wang tunai miliknya.

Bagi Rooney, asas pelaburan sangat mudah – rugi itu pasti dan untung itu bonus.

Disebabkan itulah, Rooney telah ‘melabur’ sebanyak £500,000 (RM2.7 juta) dan jumlah tersebut lebur selepas dua jam. Sebenarnya tanda-tanda sial sudah mula boleh dilihat pada minit pertama Rooney mula meletakkan wang lagi apabila dia sudah kerugian £4000!

Ibarat kau masuk padang untuk tackle pemain lawan selepas itu kau dikenakan kad merah. Malang tak malang juga lah nasib Rooney ni.

Memandangkan duit bukan masalah utama Wayne Rooney, maka dia tambah lagi wang pertaruhan sehingga berjumlah RM2.7 juga dalam tempoh 2 jam!

Seorang pengujung dan saksi kejadian bercerita kepada Mirror, “Dia main taruk je duit sewaktu berjudi.”

“Bila dah nak rugi, dia top up lagi sampai jadi lagi banyak rugi.

“Orang yang ada dalam kasino tu semua perhatikan saja perangainya dan terkejur dengan kekalahan yang dialami,” kata saksi tersebut lagi.

Coleen dan Wayne Rooney | Gambar : Huffington Post

Sebelum ini Rooney pernah rugi £50,000 juga dalam aktiviti perjudian dan telah mencetuskan pergaduhan besar dengan isterinya, Coleen.

Memandangkan cerita rugi £500,000 ni dah masuk media, maka perang lagi besar lah Rooney dengan orang rumahnya. Lama-lama krisis rumah tangga semakin parah dan Rooney bertindak meninggalkan England dan menyertai Melaka United demi mencari ketenganan hati.

Tunggu dan lihat sama ada ramalan ini menjadi kenyataan atau tidak.

Sumber : MStar Online