The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Warga Felda di Seluruh Negara Berpeluang Menyertai Felda United

Eikrem pada August 7, 2015
11 pasukan daripada 11 Felda Wilayah seluruh negara berentap merebut Piala Pengerusi, Pengarah Besar dan Komuniti Felda dalam Kejohanan bola sepak Liga Felda 2015 yang bermula 1 Ogos lalu dan berakhir penghujung Oktober nanti.
Kejohanan ini berobjektif mencungkil bakat baru di kalangan warga Felda dari seluruh negara untuk pemilihan pemain terbaik dan berdaya maju untuk menyertai Pasukan Felda United masa akan datang.
Timbalan Pengarah Besar Pembangunan Komuniti Felda, Anuar Malek berkata, kejohanan Liga Felda 2015 itu bakal berlangsung  di Stadium Selayang, Selangor.
“Kita melihat ramai warga Felda yang mempunyai bakat dan pemain terbaik itu diketengahkan nanti,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan perlawanan sulung Kumpulan B Kejohanan Bola Sepak Liga Felda antara Pasukan Felda Wilayah Gua Musang dengan Felda Wilayah Segamat di Padang Awam Chiku 3, dekat sini, petang kelmarin.
Hadir sama menyaksikan perlawanan itu Pengurus Besar Felda Wilayah Gua Musang, Che Noh Che Pa dan Pengerusi Majlis Belia Felda (MBF) Kelantan, Mohd Norfazly Mohd Daud.

Kejohanan sulung itu menyaksikan Pasukan Felda Wilayah Gua Musang berjaya mengalahkan pasukan Felda Wilayah Segamat dengan jaringan 1-0.

Menurut Anuar, tahun lalu penganjuran kejohanan itu diasingkan untuk tiga piala termasuk Piala Pengerusi, Pengarah Besar dan Komuniti Felda, tetapi tahun ini digabungkan sekali menjadi Liga Felda.
Sumber : Sinar Harian

Download aplikasi The Sukan di Google Play