The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

EURO 2016 : Wales – Peningkatan Mendadak Kurang Empat Tahun

Eikrem pada July 6, 2015

Bola sepak Wales hari ini menunjukkan satu kebangkitan menakjubkan, apabila pernah menduduki tangga ke 10 dalam ranking FIFA pada tahun lepas mengatasi Sepanyol, Itali dan Perancis. Kini Wales di Ranking ke-26.

Kurang empat tahun dahulu, Wales menduduki tangga ke 117, terburuk dalam sejarah bola sepak mereka. Tetapi, selepas mendiang Gary Speed mengambil alih, semuanya berubah.

Aaron Ramsey dilantik sebagai kapten kebangsaan setelah prestasi garangnya bersama Arsenal, Gareth Bale mula menunjukkan belang bersama Spurs, Joe Allen dan Ashley Williams menjadi nadi utama Swansea City. Magis berlaku.

Wales bangkit dengan kejayaan demi kejayaan. Bermula dengan menewaskan pasukan setaraf mereka seperti Ireland dan Scotland, ranking mereka naik melepasi top 100.

Tetapi jodoh mereka bersama Gary Speed tidak berpanjangan apabila pengurus Wales itu ditemui meninggal kerana bunuh diri. Maka bermulalah era Chris Coleman.

Permulaan yang teruk bagi Coleman apabila mereka pernah tewas empat perlawanan berturut-turut dan jatuh ke tangga 82 dari kedudukan 45 ranking FIFA, membuatkan para penyokong Wales meminta Coleman dibuang.

Lantaran itu, Coleman membuat tindakan drastik dengan memecat Ramsey sebagai kapten, dan memberikan lilitan lengan itu kepada Ashley Williams, tonggak pertahanan tengah Swansea City.

Gareth Bale - antara tonggak utama jentera serangan negeri Naga Merah
Gareth Bale – antara tonggak utama jentera serangan negeri Naga Merah

Di bawah kepimpinan Williams, Wales bangkit secara mendadak dan mencipta keputusan menakjubkan di dalam Kelayakan Euro 2016.  Kejayaan menewaskan Israel dan Belgium tempoh hari meletakkan Wales di tangga ke 10 dunia, satu tangga di belakang musuh tradisi mereka, England.

Dengan kedudukan ini, Wales akan menjadi salah satu pasukan pilihan utama untuk siri kelayakan Piala Dunia 2018 kelompok eropah.

Semoga dengan kejayaan Wales ini akan membuka mata penggiat bola sepak Malaysia untuk memandang serius kepentingan ranking FIFA.

Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan.

Kalau tak dipecahkan ruyung, mana nak dapat sagunya.


Download aplikasi The Sukan di Google Play