Wajah Baru Stadium Nasional Bukit Jalil

Syafiq Freman 7 bulan yang lalu

Pembangunan Bandar Sukan Kuala Lumpur (KL Sports City) akan lengkap sepenuhnya pada 2021. Namun Stadium Bukit Jalil akan mula digunakan semula pada tahun hadapan (2017) sempena Sukan Sea 2017 yang akan berlangsung di Kuala Lumpur.

Walaupun Bukit Jalil bakal berwajah baru, Perbadanan Stadium Nasional menyatakan bahawa padang sedia ada tidak akan diubah malah akan kekal dijaga rapi seperti sebelum ini. Rumput Stadium Nasional sebelum ini pernah tercalit dengan kontroversi sebagai padang yang rapuh namun kembali pulih dengan penanaman rumput ‘nasional’ Cow Grass.

Disamping itu, Stadium Nasional akan mengeluarkan cahaya disekelilingnya pada waktu malam.

Bahagian luar pula dilaputi jeriji bewarna kelabu kilat bagi memberikan nafas baru terhadap rekabentuk lama.

Rakyat Malaysia bakal melihat perubahan fasa pertama ini menjelang Sukan Sea 2017.
Gambar : Malaysia Stadium Corporation