VIP Squad Mudah Juarai PUBG MOBILE Malaysia National Championship 2019

Encik Bakri oleh Encik Bakri 3 bulan yang lalu

Pasukan Victorious in Play atau lebih dikenali sebagai VIP Squad mudah untuk memenangi bergelar juara PUBG MOBILE Malaysia National Championship 2019(PMNC 2019) yang berlangsung di Quill Convention Centre Kuala Lumpur.

Kejohanan yang berlangsung selama dua hari pada 13 dan 14 Julai itu telah menghimpunkan 16 pasukan terbaik untuk berentap merebut kejuaraan dan 4 pasukan teratas akan mewakili Malaysia ke liga Asia Tenggara PUBG Mobile Club Open Musim Luruh (PMCO Fall Split).

16 pasukan, 4 pasukan jemputan dan 12 berperang dikelayakan.

Sebanyak 12 pusingan pertempuran diadakan dengan 6 pertempuran sehari melibatkan 4 peta berbeza iaitu 2 di Sanho, 2 di Vikendi, 4 di Miramar dan 4 di peta kegemaran ramai Erangel.

Sepanjang 12 pusingan berlangsung VIP Squad menguasai peta Sanhok dengan merebut kesemua Winner Winner Chicken Dinner di peta tersebut sekaligus membuktikan kenapa mereka digelar King of Sanhok.

Hari pertama dimulakan VIP Squad dengan penuh bergaya apabila mencatatkan 2 Winner Winner Chicken Dinner dalam 3 pusingan awal dengan mengumpul 45 pembunuhan.

VIP Squad unggul,

Selepas itu VIP yang diketuai oleh Yakuza dan ahli mereka terdiri daripada Jumper, Hyqul dan Benv terus tidak konsisten namun unggul sebagai pendahulu di hari pertama sambil diikut rapat pasukan Junior Talent dan AROV.

Di hari kedua VIP tidak menoleh lagi dengan mencatatkan aksi yang konsisten dengan dua Winner Winner Chicken Dinner dan 4 lagi menamatkan permainan ditemapt lima teratas.

Mudah VIP muncul juara apabila tidak mampu dikejar pasukan lain apabila mengumpul 299 mata dengan 96 pembunuhan berserta 4 Winner Winner Chicken Dinner.

VIP membawa pulang wang tunai RM40,000 dalam kejohanan yang menawarkan hadiah terkumpul sebanyak RM114,000 itu.

AROV yang muncul naib juara meraih RM25,000 diikuti Junior Talent, RM15,000 dan Team Secret RM8,000. Tempat kelima hingga keenambelas pula membawa pulang RM2,000 bagi setiap pasukan.

VIP Jumper MVP PMNC 2019 dengan 32 kill.

Juara PMNC 2018, Gank FTY tidak beraksi kerana yang sudah terpilih untuk ke liga Asia Tenggara PUBG Mobile Club Open Musim Luruh (PMCO Fall Split) apabila mendapat kedudukan terbaik bagi pasukan daripada Malaysia diliga Asia Tenggara PMCO Musim Bunga.

Pemain VIP, Jumper dipilih sebagai pemain paling bernilai apabila melakukan 32 kill(bunuhan) sepanjang kejohanan berlangsung.




Paparkan Komen