[VIDEO] 'Wonderkid' Manchester United Jaringkan Gol Sepakan Percuma Yang Cantik Dari Jarak 30 Kaki

Izuddin oleh Izuddin 1 bulan yang lalu

Jika ditanya siapakah Mason Greenwood kepada peminat bola sepak, sudah tentu ramai yang tidak mengenali pemain remaja ini.

Tetapi jika ditanya kepada pengikut tegar Manchester United, sudah tentu mereka mengenali remaja berusia 17 tahun ini.

Mason Greenwood, ingat nama ni ! 

Masih lagi segar dari akademi Manchester United, Greenwood membuktikan mengapa beliau dipandang tinggi staff kejurulatihan dan dianggap sebagai pemain harapan buat Setan Merah untuk tahun-tahun yang mendatang.

Selain memiliki potensi yang besar, Greenwood juga membuktikan beliau sudah mempunyai kebolehan untuk mengambil sepakan percuma pada usia yang masih muda.

Dalam aksi bawah 23-Tahun kelmarin, Manchester United U-23's di bawah bimbingan Richard Sbragia mudah membelasah Newcastle U-23's 5-0 dalam perlawanan yang berlangsung di St. James Park.

Tetapi yang paling mencuri perhatian adalah sepakan percuma dari jarak 30 kaki yang berjaya menerjah jaring yang diambil oleh Greenwood pada minit ke-77.

Sesungguhnya ia amat cantik dan diambil dengan begitu sempurna oleh Greenwood, persis jaringan David Beckham suatu ketika dahulu untuk membantu England layak ke Piala Dunia 2002.

Pada usia baru mencecah 17 tahun, Greenwood memiliki masa depan yang cerah bersama Red Devils. Ini juga adalah kali ke-3 beliau menjaringkan gol menerusi sepakan percuma dalam kempen musim ini.

Secara keseluruhannya musim ini, Greenwood sudah menjaringkan 27 gol untuk skuad bawah umur United dan persembahan cemerlang beliau juga telah menarik perhatian Ole Gunnar Solskjaer.

Antara kenangan paling manis Greenwood musim ini adalah ketika beliau masuk sebagai pemain gantian ketika Manchester United bangkit dari ketinggalan untuk menyingkirkan PSG dari Liga Juara-Juara Eropah.




Paparkan Komen