[VIDEO] Tindakan Terpuji Cristiano Ronaldo Demi Seorang Kanak-Kanak

Izuddin oleh Izuddin 2 bulan yang lalu

Pemenang Ballon d'Or 5 kali, Cristiano Ronaldo bukan sahaja hebat di atas padang, tetapi juga seorang individu yang tinggi budi pekertinya.

Terbaru, Ronaldo meluangkan masa berharganya demi seorang kanak-kanak yang sanggup menunggu di tepi jalan untuk mendapatkan peluang bergambar dengan heronya iaitu Ronaldo.

Ronaldo bergambar bersama peminat ciliknya yang juga sedang bertarung dengan penyakit kanser

Menurut laporan daripada akhbar Flash yang berpengkalan di Portugal, seorang peminat cilik bernama Eduardo Moreira sanggup menunggu di tepi jalan sambil memegang banner untuk mendapatkan perhatian Cristiano Ronaldo yang kini sedang bersama skuad kebangsaan Portugal.

'Cristiano, berikan aku pelukanmu'. Itulah yang tertulis pada banner yang dipegang Eduardo dan kanak-kanak cilik tersebut sanggup berdiri di tepi jalan menunggu bas yang membawa skuad Portugal melalui jalan tersebut.

Portugal's Cristiano Ronaldo smiles when he arrives to a training session at the Bessa stadium in Porto, Portugal, Saturday, June 8, 2019. Portugal will play Netherlands in the UEFA Nations League final soccer match on Sunday. (AP Photo/Martin Meissner)

Mujurlah buat Eduardo kerana banner tersebut disedari Ronaldo. Penyerang Juventus itu meminta pemandu bas supaya memberhentikan kenderaan serta-merta untuk memenuhi permintaan Eduardo.

Sebaik sahaja bas berhenti, Eduardo dibenarkan untuk naik ke dalam bas dan Ronaldo memenuhi permintaannya dengan bergambar bersama. Akhbar tersebut juga melaporkan Eduardo sebenarnya penghidap kanser untuk satu tempoh yang lama, menjadikan tindakan Ronaldo ini lebih manis dan terpuji.

Ronaldo dan rakan sepasukannya kini sedang mempersiapkan diri untuk menghadapi perlawanan akhir Nations League menentang Netherlands yang dijadualkan bakal berlangsung awal pagi nanti.

Ronaldo dilihat berada dalam prestasi terbaik selepas menjaringkan hatrik ketika Portugal membenam Swtizerland 3-1 beberapa hari yang lalu.

Manakala Netherlands pula terpaksa berhempas pulas sehingga waktu tambahan sebelum meraih kemenangan 3-1 ke atas England.




Paparkan Komen