[VIDEO] Tahith Chong Jaringkan Gol 'Free-Kick' Persis David Beckham

Izuddin oleh Izuddin 3 bulan yang lalu

Pemain remaja Manchester United, Tahitch Chong berjaya menjaringkan satu gol menerusi sepakan percuma yang cantik ketika beraksi untuk skuad United Bawah 23-Tahun menentang Fulham Bawah 23-Tahun.

Chong berjaya membuka jaringan untuk United dengan merembat sepakan percuma dari luar kotak penalti. Sungguh padu sepakan beliau persis David Beckham suatu ketika dahulu.

Padu sungguh freekick beliau. Next Akhyar Rashid ?

Malangnya, gol jaringan Chong tidak mampu memberikan 3 mata kepada Manchester United U-23 kerana mereka tumpas perlawanan tersebut 3-1 di tangan Fulham U-23.

Chong yang bermain sebagai pemain sayap kanan, baru sahaja melakukan debut profesional bersama skuad utama United ketika masuk sebagai pemain gantian menggantikan Juan Mata ketika saingan Piala FA menentang Reading tempoh hari.

Adakah Chong mempunyai potensi untuk menjadi pemain hebat seperti David Beckham suatu hari nanti ? Adakah beliau akan diturunkan Ole Gunnar Solskjaer ketika menentang Spurs malam esok ?




Paparkan Komen