[VIDEO] Pelajar Sekolah Ditahan Polis Kerana Cuba Melakukan 'RKO' Terhadap Pengetua

Izuddin oleh Izuddin 7 bulan yang lalu

Seorang pelajar sekolah menengah di Florida, Amerika Syarikat ditahan polis gara-gara cuba melakukan 'RKO' terhadap pengetua sekolahnya.

'The RKO' merupakan buah cap dagang penggusti WWE terkenal, Randy Orton. Buah ini mampu membuatkan pihak lawan menjadi lemah lalu memblehkan Randy menewaskan lawannya.

Sosa melakukan RKO terhadap pengetua sekolahnya. Gilaa

Walaupun ramai yang mengetahui WWE bukanlah sukan tempur yang sebenar, kebanyakan 'buah' yang dilakukan penggusti dalam gelanggang WWE merupakan aksi yang berbahaya dan tidak wajar ditiru untuk mencederakan mana-mana pihak.

Namun begitu, ada juga sesetengah pihak yang bengap dan cuba meniru gaya WWE demi mencari populariti atau lebih teruk ingin mencederakan orang awam.

Itulah yang berlaku terhadap seorang murid di sebuah sekolah menengah di Florida yang bernama, Gianny Sosa.

Buah cap dagang Randy Orton, RKO !!!

Beberapa hari lalu, Sosa ditahan polis kerana cuba melakukan buah 'RKO' terhadap pengetua sekolahnya. Beliau perlu hadir ke Mahkamah Miami-Dade minggu ini bagi pendengaran kes beliau.

Dalam satu video amatur yang dipercayai dirakam rakannya, Sosa dengan jelas cuba melakukan 'RKO' terhadap pengetua sekolah beliau. Dalam masa yang sama, kedengaran dengan jelas perkataan 'RKO' keluar dari mulut Sosa ketika beliau cuba melakukan stunt tersebut.

Mujurlah pengetua sekolah itu dapat menghidu apa yang cuba dilakukan Sosa dan cepat menolak tangan Sosa sebelum dapat merangkul kepalanya.

Pengetua sekolah yang dikenali sebagai Humberto Miret tidak mengalami sebarang kecederaan daripada insiden tersebut.

Ketika pendengaran kes di mahkamah, peguam bela yang mewakili Sosa, Roy Ugarte menganggap kes ini sebagai salah satu kes paling gila yang pernah beliau jumpa.

"Semua orang tahu WWE tu palsu. Tindakan Sosa tidak patut menyebabkan beliau ditahan polis."

Ugarte turut mendakwa Sosa hanya ingin bergurau dan tidak mempunyai niat untuk melakukan serangan terhadap Miret.



Paparkan Komen