The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Video Menyayat Hati Pemain Chapecoense Yang Diberitahu Bakal Menjadi Bapa Viral Selepas Terlibat Dalam Nahas

Encik Bakri pada November 30, 2016

Ekoran daripada nahas yang melibatkan finalis Copa Sudamericana, Chapecoense berbagai cerita yang menyayat hati mula keluar daripada tragedi tersebut.

Hanya 3 orang pemain yang selamat dalam nahas tersebut dan rentetan peristiwa itu satu kisah tragis membabitkan penyerang Chapecoense, Tiaguinho yang mula viral di Brazil.

Penyerang itu diberitahu bahawa beliau bakal bergelar bapa pada minggu lepas. Pengkhabaran berita tersebut kepada beliau telah di rakam dalam suasana yang sungguh mengharukan.

Keluarga Tiaguinho telah menggunakan video tersebut bagi memberi penghormatan kepada beliau selepas beliau meninggal dalam kejadian penuh tragis itu. Di dalam video itu, rakan sepasukannya telah membuat kejutan kepada beliau dengan meyerahkan kad dan bungkusan daripada isterinya, Graziele.

Tiaguinho keberatan untuk menerima pada mula dan selepas membuka kad tersebut, Tiaguinho menyambut berita gembira tersebut dengan penuh keterujaan dan keriangan bersama rakan sepasukannya.

Menurut sepupu Tiaguinho, Gilmara Marins, isteri pemain tersebut telah hamil kira-kira sebulan dan bakal menjadi anak permata beliau.