Mbappe Enggan Beri Sepakan Penalti Kepada Di Maria Yang Mahu Mencetak Hatrik

Izuddin oleh Izuddin 3 bulan yang lalu

Paris Saint-Germain sekali lagi terpalit dengan kontroversi yang melibatkan sepakan penalti, kali ini ia melibatkan Angel Di Maria dan Kylian Mbappe yang masing-masing mahu mengambil penalti.

Jika anda masih ingat musim lepas, Neymar dan Edinson Cavani pernah bertelagah di atas padang kerana berebut untuk mengambil sepakan penalti. Neymar yang baru menyertai PSG pada ketika itu terpaksa mengalah kepada Cavani yang dipertanggungjawabkan oleh jurulatih untuk mengambil sepakan penalti.

Mbappe dan Di Maria cuba meniru aksi Neymar-Cavani musim lepas.

Bagaikan pisang berbuah 2 kali, kontroversi penalti kali ini melibatkan Di Maria dan Mbappe ketika penghujung perlawanan di antara PSG menentang Marseille semalam.

Sebelum itu, PSG sudah selesa di hadapan hasil dua gol daripada Di Maria dan satu daripada Mbappe.

Pada penghujung permainan, Mbappe berjaya meraih penalti apabila beliau dijatuhkan di dalam kotak penalti oleh pemain pertahanan Marseille, Hiroki Sakai.

Ia merupakan peluang terbaik untuk Di Maria mencetak hatrik kerana perlawanan sudah memasuki fasa penghujung dan Marseille pula bermain dengan 10 orang pemain.

Pemain antarabangsa Argentina itu meminta kebenaran Mbappe untuk mengambil sepakan penalti tersebut kerana mahu mencipta hatrik.

Walau bagaimanapun, hajat Di Maria tidak kesampaian kerana Mbappe bertegas beliau mahu mengambilnya. Tiada kompromi dari Mbappe walaupun rakannya itu hampir mencetak hatrik.

Perumpamaan Melayu pernah berkata orang tamak selalu rugi. Itulah yang berlaku kepada Mbappe selepas itu.

Sepakan penalti yang diambil Mbappe berjaya diselamatkan penjaga gol Marseille, Yohann Pele untuk menjadikan kedudukan akhir 3-1 berpihak pada PSG.

Mbappe wajar dilabel sebagai insan yang tamak kerana beliau merupakan penjaring terbanyak Ligue 1 ketika ini dengan 26 gol, jauh meninggalkan pesaing terdekat Nicolas Pepe yang hanya mempunyai 17 gol.

Apa salahnya bagi penalti dekat Di Maria kan. Padan muka




Paparkan Komen