Video Ini Tular Dan Jadi Bukti Henry Lebih Power Berbanding Aguero

Share on facebook
Share on twitter

Sergio Aguero tidak dapat dinafikan lagi sebagai salah seorang pemain penyerang terbaik yang pernah ada di Premier League dengan sentuhan penyudah yang tajam.

Pemain Argentina itu telah memberi pengaruh yang besar kepada Manchester City untuk menjadi juara domestik dan mula dikenali di pentas Eropah.

Nilai yang dibawa Aguero kepada Manchester City sangat tinggi jika dibandingkan dengan nilai perpindahannya pada musim panas 2011 yang dibayar dengan harga £35 juta.

Bekas pemain Atletico Madrid telah menjaringkan 246 gol dalam 358 penampilan dalam semua kejohanan bersama Manchester City.

Hatrik ketika menentang Aston Villa telah melonjakkan Aguero ke tangga keempat senarai penjaring terbanyak sepanjang zaman Premier League.

Dalam senarai 10 penjaringkan terbanyak itu hanya Aguero pemain yang masih beraksi di Premier League dan Andrew Cole bakal dipintas Aguero.

Dalam satu atau dua musim lagi jika Aguero mengekalkan rentak jaringan seperti ini mungkin rekod Wayne Rooney juga bakal dipotong.

Sergio Aguero menjadi pemain paling banyak melakukan hatrik di Premier League dengan 12 hatrik.

Dengan ini Aguero telah memecahkan rekod yang dipegang oleh Alan Shearer yang mencatatkan 11 hatrik.

Catatan jumlah 177 jaringan di Premier League kini Aguero menjadi pemain asing atau import Premier League paling banyak menjaringkan gol.

Sekaligus memotong rekod yang dipegang Thierry Henry dengan 175 gol ketika bersama Arsenal.

Ada yang mula menobatkan Aguero sebagai pemain import terbaik di Premier League apabila pecahnya rekod yang dipegang Thierry Henry selama ini.

Maka dengan itu satu video berdurasi selama seminit lebih telah tular yang memaparkan kehebatang King Henry yang sangat menghiburkan.

Bagi mereka inilah bukti Henry sebagai pemain asing terbaik berbanding Aguero dan video ini mendapat ribuan retweet.

Ada pula hanya menganggap Aguero hanya penyerang asing terbaik bukan pemain asing terbaik yang menjadi milik Henry.

Golden boots: Henry 4-1 Aguero

Premier League POTY: Henry 2-0 Aguero

FWA POTY: Henry 3-0 Aguero

PFA TOTY: Henry 6-2 Aguero

Ballon d’Or top3: Henry 2-0 Aguero

European Golden boots: Henry 2-0 Aguero

UEFA TOTY: Henry 4-0 Aguero

Kau rasa?

Share on facebook
Share on twitter