Video Assistant Referees (VAR) Mula Digunakan di Kejohanan Kelab Dunia FIFA

Eikrem 7 bulan yang lalu

Jika di eropah teknologi garisan gol telah digunapakai sejak dua musim lalu untuk menentukan sama ada bola masuk gol atau tidak, Kejohanan Kelab Dunia FIFA pula menampilkan revolusi baru bola sepak apabila Video Assistant Referees (VAR) pula diperkenalkan.

Matlamat utama penggunaan teknologi ini ialah untuk mengesan kesalahan-kesalahan yang tidak terlihat oleh pengadil yang mana kesalahan tersebut berpotensi untuk mengubah keputusan perlawanan, dengan menggunakan khidmat seorang pembantu pengadil yang mengawasi perlawanan melalui skrin di tepi padang.

Contohnya seperti penganugerahan sepakan penalti. Sekarang agak mudah bagi pemain-pelakon untuk melakukan dive dalam kotak penalti dan mendapat penalti, tetapi dengan penggunaan VAR, wisel tetap akan ditiup menandakan ‘foul’ telah berlaku dan sebelum keputusan diambil oleh pengadil, satu rebiu video perlu dilakukan terlebih dahulu seperti video di bawah.

Pemain Kashima Antlers, Daigo Nishi dilihat terjatuh dalam kotak penalti dan pada mulanya pengadil dari Hungary, Viktor Kassai tidak menyedari bahawa Naishi sebenarnya telah dikasari pemain Atletico Nacional, Orlando Berrio.

Tetapi pembantu pengadil di tepi padang telah menyedari satu insiden yang mampu mengubah keputusan perlawanan telah berlaku lalu memberikan isyarat kepada Kassai untuk rebiu video.

Hasilnya, ternyata Nishi telah dikasari dan Antlers telah dianugerahkan tendangan penalti.

Senang bukan?

Jadi selepas ini tiadalah insiden seperti Rivaldo pada Piala Dunia 2002 berlakon berulang kembali.

Lakonan Rivaldo ini memberikan kad merah kepada pemain Turki. Sumber gambar : Thesun.co.uk

Persoalannya, bilakah teknologi ini akan tiba di Malaysia?