The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Van Gaal Membalas Kritikan Media Terhadap Rooney Atas Prestasi Hambar Sebagai Penyerang

Encik Bakri pada August 18, 2015

Selepas dua perlawanan berlalu Wayne Rooney masih belum mampu mencetak gol walaupun diletakkan ke posisi asal sebagai penyerang. Hanya 4 percubaan yang mampu dihasilkan Rooney dalam 2 perlawanan. Lantaran prestasi hambar itu Rooney dikritik hebat oleh media di England.

SOCCER-Man-Utd-145111_637

Rooney dianggap tidak lagi garang di depan gawang lawan. Ketajamannya luntur saat Manchester United melawan Tottenham (8/8) dan Aston Villa (15/8). Lebih kacau lagi kerana pada dua perlawanan tersebut Manchester United hanya menang dengan skor tipis 1-0.

Pengendali Manchester United, Louis Van Gaal mengakui tetap teguh mempercayai kepada Rooney sebagai penyerang walaupun media terus mempersoalkan prestasi hambar Rooney. Malah Van Gaal juga membidas media yang mengkritik Rooney.

“Musim lepas selama satu tahun media menulis agar saya meletakkan Rooney di posisi Penyerang, dan sekarang selepas dua perlawanan saya meletakkan Rooney sebagai penyerang para media mengkiritik hebat pendapat mereka sendiri, ini amat mengejutkan dan saya tidak faham akan perkara ini.” Bebel Van Gaal kepada wartawan.

Musim lalu Van Gaal kerap meletakkan Rooney bermain di belakang penyerang. Bahkan, beberapa kali meletakkan Rooney sebagai pemain Tengah.

“Saya selalu menaruh kepercayaan kepada para pemain saya.” Katanya lagi.