Van Gaal Beri Tips Kepada Bos Ajax Bagaimana Untuk Tewaskan Manchester United

Syafiq Freman oleh Syafiq Freman 4 bulan yang lalu

Bekas pengurus Manchester United, Louis van Gaal dilaporkan telah memberikan tips kepada Ajax Amsterdam bagaimana untuk mengatasi pasukan Jose Mourinho dalam perlawanan akhir Liga Europa.

Pemecatan Van Gaal Di Old Trafford

Van Gaal telah dilepaskan daripada tugasnya sebagai pengurus United selepas memenangi Piala FA dan menduduki tempat kelima dalam liga, dan menurut beberapa sumber, Van Gaal masih terasa perit, marah dan pilu dengan pemecatannya.

Van Gaal semasa masih mengepalai Manchester United

Van Gaal Dilaporkan Memberikan Tips Kepada Ajax

Bekas pengurus United terbabit yang pernah mencipta nama di Ajax Amsterdam dilihat bercakap dengan bos pasukan Amsterdam Peter Bosz pada hari persembahan Liga Belanda dan beberapa sumber menyatakan bahawa Van Gaal telah berkongsi beberapa tips kepada pengurusan Ajax tentang bagaimana Ajax boleh menewaskan si Syaitan Merah.

Van Gaal pernah mengepalai Ajax pada tahun 1991 hingga 1997. - Gambar FootballHd.ru

Dengan kemarahan Van Gaal selepas 12 bulan dipecat masih membuak-buak, maka hal ini bukanlah sesuatu yang mustahil.

Impak Mourinho Lebih Teruk

Di bawah jagaan Mourinho, United telah membeli pemain termahal dunia, tidak tewas dalam 25 perlawanan tetapi akhirnya berada dalam kedudukan liga lebih teruk berbanding era Van Gaal.

Manchester United hanya mampu berada di kedudukan ke-6 Liga selepas 37 perlawanan.

Hal ini boleh menimbulkan rasa cemburu dihati Van Gaal disamping Mourinho juga merupakan bekas pembantunya di Barcelona.

Paul Pogba dibeli Manchester United dengan tanda harga melebihi RM500 juta. Gambar oleh Goal.com

Adakah terlalu keterlaluan sekiranya Van Gaal sebenarnya dipandang rendah semasa di Old Trafford?

Mourinho Pernah Menyalahkan Van Gaal

Semasa mula-mula mengendalikan Manchester United, Mourinho pernah menyalahkan Van Gaal di atas prestasi keseluruhan pasukan yang dianggap sebagai perlahan dan tidak bertenaga.

Laporan asal dikeluarkan di 90Min.com




Paparkan Komen