The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Usain Bolt Akan Berlatih Bersama Borussia Dortmund

Syafiq Freman pada November 14, 2016

CEO Borussia Dortmund, Hans-Joachim Watzke mengesahkan manusia terpantas dunia dari Jamaica, Usain Bolt akan turut serta berlatih bersama kelab.

Usain Bolt, 30, juga memaklumkan kepada pemberita pada Sabtu lalu akan harapannya yang besar untuk bermain bersama Manchester United.

610654-usain-bolt

“Usain Bold amat berminat untuk berlatih bersama kami (Dortmund). Kami tidak mempunyai sebarang masalah untuk itu malah jurulatih kami, Thomas Tuchel juga menggemari idea ini.”

“Sudah tentu beliau tidak akan bermain bersama kami dalam Liga Juara-Juara namun boleh jadi beliau akan bermain untuk perlawanan Pre-Season”

Bolt merupakan pemenang 9 kali emas Olimpik sejak 2008 hingga kini.


Download aplikasi The Sukan di Google Play