Undian Separuh Akhir Liga Juara Dan Liga Europa

Encik Bakri oleh Encik Bakri 5 bulan yang lalu

Undian UEFA Champions League dan Europa League telah ditutup dan lawan 4 pasukan yang layak ke separuh akhir sudah diketahui.

Juara tahun lepas, Real Madrid bakal bertemu jiran setempat Atletico Madrid. Monaco pula akan bertemu Juventus di separuh akhir.

Bagi Europa League Celta Vigo akan bertemu bakal juara Manchester United manakala Ajax akan menentang Lyon.

Real Madrid v Atlético Madrid

1. Rival pasukan sebandar ini akan mengulangi final tahun lepas di mana Real Madrid menang melalui sepakan penalti.

2. Real menang kesemua pertemuan separuh akhir 1958/59, final 2014 dan separuh akhir 2015.

3. Head-to-head (kepala ke kepala) rekod di Eropah: P7 Madrid W4, Atlético W1, D2

4. Rekod separuh akhir : Atlético W3 L2, Madrid W14 L13

Monaco v Juventus

1. Monaco dan Juve pernah bertemu pada separuh akhir 1997/98, the Bianconeri menang dengan agregat 6-4. Juve menang 1st leg 4-1 dan tewas 2-3 pada 2nd leg kemudian tewas kepada Real di final.

2. Juve juga telah menewaskan Monaco di suku akhir 2014/15.

3. Rekod Head-to-head : P4 Monaco W1, Juve W2, D1

4. Rekod separuh akhir : Monaco W1 L2, Juventus W8 L3




Paparkan Komen