Ulasan Sharip Dolsson: Matty Longstaff, Budak Skema Yang Membuli Manchester United

Sharip Dolsson oleh Sharip Dolsson 1 minggu yang lalu

Aksi menentang Newcastle adalah perlawanan terbaik untuk Manchester United mengembalikan semangat dan ego para penyokongnya.

Tak susah pun nak naikkan balik egocentric penyokong depa ni. Cukup dengan kemenangan 4-0 dalam perlawanan pertama menentang Chelsea. Perlawanan pertama!!

Jika menang lawan Newcastle mereka akan naik ke kelompok 10 teratas. Sasaran utama mereka adalah no.6.

Seperti biasa, Rahim Martial yang baru sahaja menjalankan aktiviti beliau pada malam Sabtu iaitu bersorak untuk Leicester, optimis akan kemenangan mampu dicapai. Dia dan rakan rakannya yang lain terus.

"Itu hari tadak on target sebab padang sintetik kau tau," jelas Rahim kepada rakan rakan beliau yang lain. "Tengok rumput tu, lawa tu. Ni baru padang sebenar."

Pemain profesional menjadikan alasan padang sintetik ini hanya terpakai apabila penyokong Man. United berkata begitu.

Sambil menunggu sepak mula, Rahim berkali kali berdekah dekah melihat rakan Sesetan Merah beliau berkongsi gambar Van Dijk diayamkan budak Kpop.

Itu sudah cukup untuk Rahim gembira pada ketika ini.

Sepak mula perlawanan pun bermula. Rahim berharap beliau akan meraikan setiap gol Man. United seperti mana kuatnya suara beliau meraikan gol James Maddison semalam.

Namun malangnya, Manchester United sekali lagi bermain hambar. Seperti sampai tak sampai je aksi mereka. Daniel James seperti biasa dengan kelajuannya.

Harry Maguire Kemudian menanduk bola depan gol tetapi terkilas. Aduh, tak mengapa, pertahanan kot, dia kan Harry Maguire. Peraturan berbeza sentiasa diamalkan Rahim ke atas Harry. Kalau Mustafi buat perkara itu, mahu terjatuh dari kerusi dia tergelak.

Perlawanan hambar berlarutan. dengan ramai penyokong United mulai bercerita tentang perbezaan iPhone 11 dengan Nokia 3310. Ada juga mulai bermain PUBG.

Rahim tak nak ketinggalan. Dengan ilmu palatau yang ada padanya, dia terus bercerita tentang kajian aeroangkasa.

Newcastle ni nak cakap kuat tak adalah. Banyak juga benda kelakar dia buat bila ada peluang. Tu yang menampakkan Tuanzebe dan Maguire naik nilai kepada £100 juta.

Tidak semena mena, ketika perlawanan berbaki 18 minit, Manchester United dirembat oleh Longstaff copy ori daripada Sean Longstaff, pemain yang mereka beriya nakkan pada perpindahan yang lalu.

Versi Ginger Longstaff yang menghancurkan mereka.

Matty Longstaff remaja berwajah ketua tingkatan dan muka senang kena buli ni rupanya dia yang membuli Man. United.

1-0!

Rahim mulai meroyan mengutuk pasukannya sendiri. Itu hanyalah taktik Rahim Martial mahu menutup mulut fans lain supaya tak membahamnya.

Jauh di sudut hati Rahim Martial berkata: "Masak aku kalau ni kalah jugak. Pasukan kuda belang kot."

18 minit tu kalah zaman Sir Alex (ratib popular fans United) banyak tu untuk buat comeback dan menang.

Namun maaf, bukannya pasukan yang dipenuhi budak budak yang tersilap skim gaji. David De Gea sedih dan berkata beliau tak tahu nak cakap apa.

Steve Bruce menyatakan beliau tak pernah melihat sesuatu seperti itu, di mana Matty Longstaff menjaringkan gol kemenangan. Budak yang terpaksa meminta bantuan abangnya ketika bercakap.

Ye lah, dah ini kemenangan pertama / sulung Brucy ke atas kelab lamanya kan.

Steve Bruce memaksa Matty gelakkan Ole

Lalu dunia bola sepak berputar seperti biasa. Kesunyian untuk 2 minggu menunggu episod baharu Manchester United yang baru disahkan akan kekal di saluran sukan bukannya 616.

Rahim Martial pun menuju ke motosikalnya. Tetiba disapa suara sesama GGMU.

"Relaks bang, takat bola lepas Maguire dan De Gea je. Apa la sangat nak dibandingkan dengan Van Dijk kena gelecek walaupun mereka menang. Ye tak."

Kata kata berbaur politik itu nyata menyuntik kembali semangat Rahim untuk bertrollan di media sosial.




Paparkan Komen