Ugo Ehiogu, Jurulatih Spurs U-23 Pergi Pada Usia 44 Tahun

Muhd Azam oleh Muhd Azam 4 bulan yang lalu

Bekas bintang EPL yang menjawat jawatan jurulatih Spurs U23, Ugo Ehiogu dilaporkan meninggal dunia pada usia 44 tahun akibat daripada serangan jantung.

Bekas pemain antarabangsa England tersebut rebah di padang latihan Spurs pada Khamis dan menerima rawatan kecemasan sebelum dikejarkan ke hospital.

Malangnya beliau gagal diselamatkan dan disahkan meninggal dunia awal pagi Jumaat.

Spurs melalui kenyatan rasminya di Twitter menyebut" Dengan rasa penuh kesedihan kami mengumumkan pemergian Ugo Ehiogu, jurulatih Spurs U23".

Untuk rekod Ugo Ehiogu mempunyai 355 penampilan Premier League meliputi aksi di Aston Villa dan Boro, menang League Cup bersama kedua-dua kelab tersebut.

Di peringkat antarabangsa beliau mempunyai 4 kaps bersama England dan satu-satunya gol beliau ialah ketika bertemu Sepanyol. Beliau juga sempat bermain untuk Sheffield Wednesday dan Rangers.

Takziah untuk keluarga coach Ugo dan isteri beliau Gemma.


Share Tweet


Paparkan Komen