UEFA Ubah Peraturan Perlawanan Akhir UCL dan UEL

Eikrem oleh Eikrem 4 bulan yang lalu

UEFA semalam telah mengesahkan bahawa sedikit perubahan akan dilakukan dalam perlawanan akhir Liga Juara-juara dan Liga Europa musim ini. Perubahan tersebut bukanlah meletakkan dua pengadil di tengah padang seperti yang pernah FAM lakukan sebelum ini.

Perubahan ini adalah penyampaian piala kepada pemenang bakal dilakukan di tengah padang, di atas pentas sementara, berbanding di atas astaka seperti yang dilakukan pada tahun-tahun sebelum ini. Perubahan ini juga akan diapplikasikan dalam perlawanan akhir Liga Juara-juara Wanita.

Presiden  UEFA, Aleksander Ceferin berkata," Padang adalah pentas bagi pemain dan memang sesuai sangat jika mereka menyambut kejayaan di situ

Ceferin - Presiden UEFA | Gambar : Defensecentral

"Selain itu, para pegawai juga perlu turun ke padang untuk menyampaikan piala kepada pemain, sekaligus menghormati mereka yang berjuang di atas padang.

"Para penyokong juga dapat melihat pasukan mereka menjulang piala tanpa perlu memanjat kerusi. Lagipun, penyokong dapat tengok piala dengan jelas tak kiralah dari sudut mana dalam stadium," katanya lagi.

Polisi ini akan digunapakai dalam kesemua pertandigan kelab dan negara UEFA dan akan pertama kali diaplikasikan di final Liga Europa, dan ini ternyata bakal membantu penyokong Ajax melihat pasukan mereka menjulang piala dengan jelas.

Penyampaian piala ini akan dilakukan di atas pentas sementara yang hanya mengambil lima minit untuk dipasang.

Sebenarnya FAM sudah lama menyampaikan piala di atas pentas sementara di tengah padang. Nampak sangat UEFA tiru FAM.

Sumber berita : Squawka




Paparkan Komen