The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

UEFA Champions League – Joe Hart Penjaga Gol Terbaik Dunia

Eikrem pada September 15, 2015

Penjaga gol hebat sepanjang zaman Itali, Gianluigi Buffon hari ini memuji penjaga gol Manchester City, Joe Hart, menjelang perlawanan antara Juventus dan City dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan D UEFA Champions League 2015-16.

Buffon juga turut menyatakan bahawa Hart adalah antara penjaga gol terbaik dunia ketika ini.

“Saya sudah memerhatikan perkembangan Hart selama lima tahun dan tidak syak lagi dia adalah salah seorang dari tiga penjaga gol terbaik dunia,” kata Buffon.

Bersalam-salaman, bermaff-maafan
Bersalam-salaman, bermaff-maafan

“Ada ketikanya dia membuat kesilapan bodoh dan digugurkan dari bermain, tetapi itulah sebenarnya yang dia perlukan.”

Hart pernah digugurkan Manuel Pellegrini musim lalu apabila persembahannya yang cuai menganugerahkan gol mudah dalam beberapa perlawanan dan tempatnya sebagai penjaga gol utama City diambil alih Willy Caballero untuk beberapa perlawanan.

“Semenjak dia kembali dari digugurkan, saya tak fikir ada penjaga gol yang lebih hebat darinya dalam dunia ini. Ini bukan sekadar saves yang dibuat, tapi bagaimana dia menjadi seorang pemimpin menyusun barisan pertahanannya,” tambah Buffon.

Selain Manchester City dan Juventus, kumpulan D ini juga terdiri daripada Borussia Muncunggelebeh dan Sevilla.