Ucapan Salam Ramadan Dari Kelab Juventus FC

Mohd Hazwan oleh Mohd Hazwan 4 bulan yang lalu

Hari ini umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia mula menjalani ibadah puasa sempena bulan Ramadan Al-Mubarak. Kedatangan bulan Ramadan juga telah menarik perhatian kelab bola sepak dari Itali iaitu Juventus.

Melalui akaun twitter, kelab yang berjaya menjuarai Serie A dan Coppa Italia pada musim ini telah mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua penyokongnya yang beragama Islam di seluruh dunia.

"Happy Ramadan, Juventus fans!", yang ditulis melalui akaun @juventusfcen, akaun Twitter Bahasa Inggeris rasmi kelab Juventus.

Di Juventus terdapat beberapa orang pemain beragama Islam seperti pemain antarabangsa Jerman Sami Khedira, pemain antarabangsa Bosnia, Miralem Pjanic dan pemain antarabangsa Maghribi, Mehdi Benatia.

Juventus bakal bertemu Real Madrid dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah di Cardiff pada 4 Jun nanti,




Paparkan Komen