Ucapan Lampard Yang Sungguh Sendu Sebagai Penghormatan Kepada Terry

Encik Bakri 3 bulan yang lalu

Jodoh John Terry bersama Chelsea sudah diduga tidak berpanjangan dan pengumuman telah dibuat pada isnin lalu mengesahkan bahawa ini musim terakhir Terry bersama Chelsea selepas 22 tahun bersama.

Ekoran keputusan ini Terry, 36 tahun telah membuat satu perutusan yang sungguh menyentuh hati, paru-paru, jantung, buah pinggang dan semua organ peminat Chelsea.

“Tiada perkataan yang boleh menggambarkan betapa sayang, cinta dan berahi aku kepada kelab dan penyokong Chelsea yang hebat ini” Kata Terry.

“Tiada secantik bahasamu, ku gubah lalu menjadi lagu” menyanyi pulak Terry ni.

Mungkin terkesan dengan kata-kata Terry, Frank Lampard juga telah mengutuskan ucapan yang penuh sendu dihatiku rindu dijiwaku di laman instagramnya.

Korang baca la sendiri.

John Terry Lelaki Teragung

Lelaki terakhir yang masih teguh berdiri di zaman kehebatan Chelsea fc. Satu penghormatan dapat beraksi bersama pemain terhebat dalam sejarah Liga Perdana. Tidak keterlaluan, aku meletakkan Terry sebaris dengan pertahanan hebat dalam bola sepak yang wujud dari mana-mana zaman.

Terry mengepalai kelab samada di dalam dan di luar padang saat beliau membuat debut bersama kelab. Beliau menetapkan standard untuk semua, sentiasa menuntut kecemerlangan semasa latihan, berjuang untuk sebuah kemenangan atau menghargai serta menghormati dengan penuh rasa bertuah kerana dapat beraksi bersama kelab yang begitu hebat.

Terry merupakan seorang lagenda bukan sahaja kerana bakatnya tetapi sentiasa mendambakan yang terbaik dari dirinya dan individu yang berada disekelilingnya. Atas sebab inilah Terry telah menjadi seoarang ketua pasukan yang paling berjaya dalam sejarah kelab.

Di luar padang Terry merupakan kawan yang hebat bukan sahaja kepada aku tetapi ramai lagi di kelab dan di luar sana terutamanya Wayne Bridge. Tidak terkira banyaknya aku melihat Terry membantu orang di luar padang, perkara yang jarang dilihat. Perkara seperti inilah menjadikan beliau seorang lelaki yang hebat.

@johnterry.26 kau berhak merasai sanjungan dan penghormatan yang kau bakal kecapi untuk minggu mendatang dan aku harapa kau akan dapat apa yang selayaknya menjadi milik kau dan menjulang dua trofi agung di hujung musim (sekadar memanjangkan karangan 😂).

Terry! Terry! Engkaulah raja hatiku.
Bila ku berduka engkau hiburkan selalu.
Terry! Terry! Engkaulah raja hatiku.

Apapun kau lakukan selepas ini, aku tahu semua orang akan menghormati keputusan kau (kecuali Wayne Bridge) dan aku tahu Chelsea akan senantiasa menjadi kelab kau. Penghormatan yang abadi 💙💙👊👊#jt #captain #leader #legend

Cinta lelaki teragung
Membuat diriku berbahagia
Engkaulah kekasih di dunia
Dan di syurga

Sumber Asal Ucapan Lampard

The last man standing of an incredible era for @chelseafc. What a pleasure to play with the greatest defender in the @premierleague history. In fact, I'd put him up with any defender in world football of any era. He led the club both on and off the pitch from the moment he made his debut. He set standards for everyone, whether it was demanding excellence in training, fighting for every win or respecting how fortunate we were to play for such a great club. He was, and is, a legend, not just for his talent but just as much for his desire to get the best out of himself and others around him. That's what made him the most successful captain in the club's history. Off the pitch a great friend to not just me but so many at the club and outside of it. The countless things I've seen JT do to help people outside of the game, things that not many see, are what defines him as a man. @johnterry.26 you deserve every accolade you get over the next weeks and beyond and I hope you get what you deserve and lift two massive trophies at the end of the season(just to add to the tally 😂). Whatever you do next I know everyone will respect your decision and I know that the Chels will always be your club. Absolute respect 💙💙👊👊#jt #captain #leader #legend

A post shared by Frank Lampard (@franklampard) on