Tweet Zlatan Selepas Sweden Layak Ke Piala Dunia Menggegar Alam Maya

Encik Bakri oleh Encik Bakri 3 hari yang lalu

Julai tahun lalu Zlatan Ibrahimovic telah mengutuskan ucapan perpisahan yang sendu di hatiku rindu di jiwaku untuk Sweden dengan mengumumkan persaraanya dari pasukan kebangsaan Sweden.

Zlatan mengumumkan sudah tiba masanya untuk berundur dari pasukan Sweden selepas perlawanan terakhir di EURO 2016 yang menyaksikan Sweden tewas kepada Belgium 1-0. Itulah perlawanan terakhir Zlatan dalam jersi berwarna kunyit.

Zlatan telah membuat tribute sempenan persaraanya di laman muka buku selepas membuat 116 penampilan dengan 62 gol dihasilkan.

I came from this place people call "ghetto Rosengård", conquered Sweden and made it my country. My way. I am Sweden. A...

Posted by Zlatan Ibrahimovic on Thursday, June 23, 2016

Selepas 18 bulan bersara, khabar angin bertiup kencang bahawa Zlatan bakal keluar dari persaraan dan akan beraksi bersama Sweden. Khabar angin ini diperkuatkan lagi dengan Tweet dari Zlatan selepas Sweden mara ke Piala Dunia yang berbunyi ;

"We are Zweden" atau dalam bahasa Swedennya "Kami adalah Zweden"

Tipikal Zlatan yang menggantikan Sweden menjadi Zweden dianggap satu petunjuk yang besar bahawa beliau akan kembali bersama pasukan kebangsaan untuk Piala Dunia Russia 2018.

Sebelum ini Zlatan telah menyatakan bahawa beliau tidak akan kembali dan dengan diri menganggap pasukan Sweden lebih baik tanpa beliau.

"Sweden lebih baik tanpa aku"

"Mereka bermain tanpa tekanan dan tiada orang meletakkan harapan."

"Kalau diikutkan ego aku akan cakap, Sweden akan lebih baik jika aku ada"

Adakah Zlatan akan kembali bersama Sweden atau beliau akan terus fokus untuk menyiapkan tugunya?

When you come to New York you have the Statue of Liberty, when you come to Sweden you have the Statue of Zlatan #comingsoon

A post shared by IAmZlatan (@iamzlatanibrahimovic) on




Paparkan Komen