UEFA Super Cup 2019 : Liverpool* 2-2 Chelsea (Pen. 5-4)

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 minggu yang lalu

Perlawanan UEFA Super Cup menemukan dua pasukan Inggeris yang beraksi di Premier League selepas kedua-dua pasukan ini mendominasi kejohanan Eropah pad musim lalu.

Liverpool selaku juara Champions League bertemu dengan chelsea yang merupakan juara kejohanan kelas dua Eropah, Europa League.

Perlawanan antara Liverpool dan Chelsea merupakan perlawanan ke-8 yang melibatkan pasukan dari negara yang sama dan yang pertama menemukan dua kelab Inggeris.

Perlawanan yang berlangsung di Istanbul ini sangat dekat dihati Liverpool bukan kerana kehadiran Karius tetapi kenangan malam kebangkitan Istanbul.

Sejarah tercipta apabila perlawanan utama melibatkan pasukan lelaki diadili oleh kesemua pengadil wanita dari kejohanan Piala Dunia Wanita 2019 kecuali pengadil ke-4 ya g merupakan seorang lelaki.

1. Stephanie Frappart - Perancis
2. Michelle O'Neill - Ireland
3. Manuela Nicolosi - Italy

Chelsea meneruskan permainan berbisa dan laju tetapi tumpul mereka dalam perlawanan ini dengan deretan percubaan yang mengancam tetapi tidak sudah.

Liverpool bukan biasa-biasa seperti yang diketahui ramai bergelut dibahagian tengah di mana gandingan Jordan Henderson dan Fabinho hampir tidak berfungsi lalu mudah dirobek Chelsea.

Namun hantaran membunuh(killer pass) Pedro yang disudahkan dengan tenang oleh Olivier Giroud untuk meletakkan Chelsea didepan.

Giroud terus berbisa dipentas Eropah apabila telah menjaringkan 12 gol daripada 16 perlawanan di kejohanan Eropah bersama Chelsea.

Pemain penyerang dari Perancia itu hanya menjaringkan 7 gol dalam 49 perlawanan untuk Chelsea disaingan domestik.

Christian Pulisic kemudian menggandakan kedudukan namun gol tersebut dibatalkan kerana jelas berada dalam kedudukan offside.

Oxlade Chamberlain yang tidak mendatangkan hasil lalu hilang di separuh masa pertama dikeluarkan dan digantikan oleh Roberto Firmino di babak kedua.

Liverpool tidak menunggu lama untuk kembali menyamakan kedudukan apabila Sadio Mane menyumbat gol pada minit ke-46.

Sadio Mane merupakan pemain Afrika pertama menjaringkan gol di UEFA Super Cup sejak Frederic Kanoute melakukannya pada 2006 ketika Sevilla menentang Barcelona.

Liverpool terus garang dan mengganas tetapi banyak peluang dibazirkan begitu saja dan Salah hanya mampu melemparkan senyuman manis yang menyejukkan hati.

Selepas 15 minit separuh masa kedua, permainan mula mengendur dan perlahan-lahan bertukar menjadi bosan dan hambar.

Pada minit ke-75 berpunca daripada sepakan sudut Liverpool hampir didepan namun Kepa Arizibalaga cemerlang melakukan dua penjimatan hebat.

Percubaan Salah yang terbias berjaya ditepis Kepa namun Van dijk datang menjolok tetali Kepa sekali lagi menepis menyaksikan bola mencium palang dan tiang sebelum keluar.

Pada minit ke-82 gol Mason Mount pula dibatal selepas terperangkap offside yang jelas. Jauh berbatu sudah nampak offsidenya.

Empat minit berselang Liverpool hampir didepan namun lorongan cantik Salah gagal disudahkan Mane. Kalau gol mungkin batal kerana offside.

Tiada jaringan tambahan dan kedudukan terikat 1-1 sehingga tamat 90 minit masa permainan dan secara offsidenya Chelsea menang 8-1.

Untuk mencari pemenang mutlak dan pasukan mana paling agung di Eropah maka perlawanan dibawa ke masa tambahan.

Lima minit bersambung masa tambahan Liverpool sudah di depan apabila hantaran potong kebelakang Firmino dirembat sesedap rasa oleh Mane.

Rembatan deras Mane gagal di selamatkan Kepa yang menyaksikan bola laju meluru menghentam palang sebelum terkulai di dalam gawang.

Sejurus kemudian Chelsea cuba membalas namun percubaan Pedro sempat dikuis keluar oleh Adrian dengan kaki.

Chelsea datang lagi dan kali ini Adrian telah menepis kaki Tammy Abraham dan tanla segan silu serta yakinnya pengadil menghadiahkan sepakan penalti.

Jorginho tenang membuat sepakan leret dan lemah namun sudah cukup menewaskan Adrian untuk mengikat kembali kedudukan.

Chelsea hampir kembali dihadapan namun kaki tidak dibedung Abraham ketika kecil gagal meletakkan hantaran Pedro ke dalam jaring.

Pada minit ke-113 Tammy Abraham membuat satu hantaran mencari Mason Mount yang mempunyai ruang mencukupi untuk meledakkan rembatan namun Adrian berjaya menepis dengan satu aksi menyelamat yang menakjubkan.

Selepas berbalas serangan bagi mencari gol kemenangan tiada jaringan kunjung tiba samada dari pasukan Liverpool ataupun Chelsea.

Maka pemenang UEFA Super Cup 2019 ini akan ditentukan melalui sepakan penalti.

Sepakan Pertama : 1-1

Firmino mudah menewaskan Kepa dan Jorginho sekali lagi mudah menewaskan Adrian.

Sepakan Kedua : 2-2

Fabinho penuh yakin membuat sepakan yang gila dan Rose Barkley deras merembat ke kanan gawang.

Sepakan Ketiga : 3-3

Kepa hampir saja menyelamatkan sepakan Origi namun sepakan Lord terlalu power. Mason Mount deras merembat ke kiri dengan sedikit tinggi.

Sepakan Keempat : 4-4

Kepa sekali hampir menyelamatkan namun sepakan Arnold masuk dan sepakan ke tengah berjaya Emerson memperdaya Adrian.

Sepakan Kelima : 5-4

Salah mudah menyempurnakan sepakan kelima dan Tammy Abraham gagal apabila sepakan tengah beliau dikeluarkan Adrian.

Liverpool muncul juara UEFA Suoer Cup buat kali ke-4 dan kekalahan kali ketiga secara berturut-turut Chelsea di UEFA Super Cup.

Skrip perlawanan hampir sama dengan kisah malam kebangkitan Istanbul Liverpool dengan aksi kebangkitan Liverpool selepas ketinggalan dan menang dipenentuan sepakan penalti.

​Liverpool Adrian; Alexander-Arnold, Matip, Van Dijk, Robertson; Henderson, Wijnaldum, Keita; Origi, Firmino, Salah.

​Chelsea ​Arrizabalaga; Azpilicueta, Christensen, Zouma, Alonso; Kovacic, Jorginho; Pedro, Barkley, Pulisic; Giroud.




Paparkan Komen