UEFA Nations League : Switzerland 0-0 England* (Pen. 5-6)

Encik Bakri oleh Encik Bakri 2 bulan yang lalu

Kemenangan England tidak tertangguh lagi apabila berjaya menewaskan Switzerland 6-5 dipenentuan sepakan penalti.

Skuad Tiga Singa melakukan 16 percubaan di mana 6 percubaan tepat serta 9 sepakan penjuru dihasilkan namun gagal merobek gawang Switzerland.

Switzerland bukan biasa-biasa dalam menyerap asakan England sempat melakukan 3 percubaan tepat namun tiada hasil.

Switzerland mahupun England gagal mencari gol dalam tempoh 90 minit dan perlawanan diheret ke masa tambahan.

England dinafikan gol kemenangan pada minit akhir oleh Video Assistant Referee(VAR) selepas Callum Wilson melakukan kekasaran sebelum menjaringkan gol.

Situasi ini menyebabkan pemenang perlawanan ditentukan melalui penentuan sepakan penalti.

Jordan Pickford muncul wira England apabila menjaringkan sepakan penalti sebelum menyelamatkan sepakan Josip Drmic.

Eric Dier memastikan kemenangan England dengan menyempurnakan sepakan ke-6.

Switzerland XI: Sommer, Schar, Akanji, Elvedi, Rodriguez (Drmic), Freuler, Xhaka, Mbabu, Fernandes (Zakaria), Shaqiri (Zuber), Seferovic (Okafor)

England XI: Pickford, Rose (Walker), Maguire, Gomez, Alexander-Arnold, Dier, Delph (Barkley), Alli, Sterling, Lingard (Sancho), Kane (Wilson)




Paparkan Komen