UEFA Nations League A - Separuh Akhir : Portugal 3-1 Switzerland

Encik Bakri oleh Encik Bakri 2 bulan yang lalu

Jaringan hatrik pemain bola sepak paling sensasi Cristiano Ronaldo membantu Portugal membenam Switzerland sekaligus mara ke perlawanan akhir.

Cristiano Ronaldo memecah kebuntuan
dengan satu sepakan percuma yang memperdayakan penjaga gol Swiss, Yann Sommer.

Video Assistant Referee(VAR) mencetuskan kontroversi yang pada mulanya menghadiahkan Portugal penalti namun selepas merujuk VAR Swiss pula diberikan

Ricardo Rodriguez tampil untuk membuat sepakan dan menyamakan kedudukan apabila mudah menewaskan Rui Patricio.

Ronaldo menjaringkan gol kedua 3 minit sebelum tamat permainan apabila tersengih menyempurnakan hantaran potongan belakang(cutback) Bernardo Silva di Estadio Dragao.

Penyerang Juventus memastikan kemenangan Portugal dengan hatrik penuh bergaya melalui satu rembatan padu membawa Portugal ke final.

FTPortugal 3-1 Switzerland
Ronaldo 25' 88' 90'
Rodriguez 57'

Portugal: Patrício, Semedo, Pepe (Fonte 63), Dias, Guerreiro, Fernandes (Moutinho 90+1), Carvalho, Neves, Silva, Felix (Guedes 70), Ronaldo

Substitutes: Cancelo, Sousa, Jota, Malheiro de Sa, Silva, Rui, Fernandes, Beto

Switzerland: Sommer, Mbabu, Schar, Akanji, Rodríguez, Zakaria (Fernandes 71), Xhaka, Freuler (Drmic 89), Zuber (Steffen 83), Shaqiri, Seferovic

Substitutes: Moubandje, Elvedi, Lang, Okafor, Mvogo, Benito, Ajeti, Sow, Omlin




Paparkan Komen