Tunggangan Merbahaya Membolehkan Johor Tamatkan Kemarau Emas Berbasikal SUKMA

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 minggu yang lalu

Skuad berbasikal Johor menamatkan penantian 14 tahun bagi memenangi pingat emas acara berbasikal lebuhraya lelaki selepas memenangi perlumbaan di Sukan Malaysia(SUKMA) dengan penuh kontroversi.

Saingan hari kedua acara berbasikal itu menyaksikan aksi penuh dramatik pada jarak 100 meter terakhir ke garisan penamat apabila berlaku pelanggaran melibatkan pelumba Johor, Muhammad Nurfitri Ammar Rusli, dan pelumba Terengganu, Muhammad Shahmir Aiman Abd Halim.

Susulan pelanggaran itu, Muhammd Shahmir terjatuh dan mengalami kecederaan manakala Muhammad Nurfitri putus rantai basikal dan terpaksa menolak basikalnya ke garisan penamat. Dramatik sangat.

APA DAH JADI? 🤬🤬🤬Johor Vs Terengganu SUKMA kali nih...#sukma2018#perak#tragedigaduhVideo Pelumba antara pengayuh Johor dan Terengganu ketika acara lumba basikal SUKMA 2018!Kejadian berlaku ketika pecutan akhir di 50 Meter.Katanya pelumba dari Johor didenda dan diletakkan di tempat terakhir dalam keputusan tersebut!

Geplaatst door Apa Cerita? op Donderdag 13 september 2018

Namun padah menimpa Muhammad Nurfitri kerana mempamerkan tunggangan merbahaya dan dikenakan denda RM100 berserta penalti iaitu menamatkan perlumbaan ditempat terakhir.

Tunggangan merbahaya itu telah membolehkan rakan sepasukan Nurfitri, Mohamad Saari meraih emas acara lebuh raya 140 kilometer (km) lepas beramai-ramai lelaki sekali gus memecahkan dominasi Terengganu.

Hampir pecah jugak kepala pelumba Terengganu kena himpit.

Keputusan acara lebuh raya 140 kilometer

1. Mohamad Saari Amri Abd Rasim (Johor) - 3:24:37.104s
2. Wan Abdul Rahman Hamdan (Terengganu) - 3:24:37.119s
3. Muhamad Aliff Farhan Abu (Wilayah Persekutuan) - 3:24:37.469s.




Paparkan Komen