Tier 1 International Match : Malaysia 1-0 Tajikistan

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 hari yang lalu

Malaysia turun dalam perlawanan persahabatan aras 1 menentang pasukan Tajikistan yang berada di ranking 116 dalam ranking FIFA sebagai persediaan menghadapi Indonesia dan Thailand di kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023.

Perlawanan membabitkan pasukan bimbingan Tan Cheng Hoe ini mendapat sambutan yang positif daripada penyokong kerana harga tiketnya yang semurah RM10 sahaja. Harga yang tidak membebankan.

Tajikistan kelihatan lebih garang pada separuh masa pertama namun Malaysia tenang menyerap asakan dengan semangat perjuangan yang kental.

Separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan gagal menjaringkan gol dan perlawanan berakhir dengan seri tanpa jaringan.

Pengadil entah dari mana agak ketum dalam perlawanan ini apabila melayangkan kad kuning yang disusuli kad merah kepada pemain Tajikistan kerana menahan bola menggunakan tangan.

Pemain Tajikistan membantah kerana itu kad kuning pertama dan pengadil menarik balik kad merah kerana menyedari kesilapan yang dibuat, Malaysia mendapat sepakan percuma.

Safawi tampil membuat sepakan dan sepakan diambil seiras ketika Safawi menjaringkan gol ketika menentang Kedah di perlawanan akhir Piala Malaysia.

Bola sepakan percuma Safawi singgah ke palang tetapi sayang bola keluar.

Kemudian Syamer Kutty Abba berjaya meloloskan diri dengan satu hantaran cantik tapi sayang percubaannya yang berjaya menewaskan penjaga gol Tajikistan terkena tiang.

Penjaga garisan pula mengangkat bendera menandakan Syamer Kutty berada dalam keadaan offside walaupun sangat jelas tidak. Mabuk.

Tidak lama berselang, Harimau Malaya didepan selepas gerakan memotong ke dalam Safawi Rasid disusuli satu rembatan padu menghasilkan gol.

Hantaran daripada Brendan Gan tepat mencari Safawi yang bermain diposisi kegemaran beliau dan tanpa rasa melekit Safawi berjaya melepasi Akhtam Nazarov.

Tiada apa yang mampu dilakukan oleh Tajikistan untuk menyamakan kedudukan apabila gagal memecahkan kekentalan pemain Malaysia.

Norsharul Idlan Talaha banyak mencuri masa dengan memegang bola ditepi padang ketika permainan sampai ke penghujung.

Jurulatih Tajikistan menyatakan bahawa, pasukannya agak bergelut bermain dalam perlawanan ini disebabkan faktor cuaca.

Tan Cheng Hoe menyifatkan banyak lagi yang perlu diperbaiki oleh skuad bimbinganya terutama ketika berada di kotak penalti lawan.

Satu keputusan yang baik menentang pasukan yang bermain secara pasukan dan mempunyai kelebihan teknikal yang tinggi seperti Tajikistan.

FT MALAYSIA 1-0 TAJIKISTAN

Safawi Rasid 72'

https://www.youtube.com/watch?v=qZDIJMEY6SM

Starting XI MALAYSIA vs TAJIKISTAN

MALAYSIA: 22. Khairulazhan Khalid (GK); 2. Matthew Davies, 3. Shahrul Saad, 7. Aidil Zafuan Abd Radzak (C), 6. La'Vere Corbin-Ong; 14. Syamer Kutty Abba, 17. Baddrol Bakhtiar, 8. Nor Azam Abdul Azih; 4. Syahmi Safari, 20. Syafiq Ahmad, 19. Akhyar Rashid.

Subs: 1. Farizal Marlias (GK), 5. Adam Nor Azlin, 9. Norshahrul Idlan Talaha, 11. Safawi Rasid, 15. Brendan Gan, 16. Syazwan Andik Ishak, 18. Dominic Tan, 21. Nazirul Naim Che Hashim, 23. Haziq Nadzli (GK), 24. Farhan Roslan, 25. Danial Amier Norhisham, 26. Azzizan Nordin. N/A: Mohamadou Sumareh, Shahrel Fikri Md Fauzi & Afiq Fazail.

TAJIKISTAN: 1. Rustam Yatimov (GK), 2. Manuchehr Safarov, 3. Tabrezi Davlatmir, 6. Davron Ergashev, 10. Alisher Dzhalilov, 12. Jahongir Ergashev, 17. Ehson Panjshanbe, 18. Fatkhullo Fatkhuloev, 19. Akhtam Nazarov (C), 20. Amirbek Juraboev, 21. Manuchekhr Dzhalilov.

Subs: 5. Iskandar Dzhalilov, 7. Komron Tursunov, 8. Nuriddin Davronov, 11. Muhammadjon Rakhimov, 14. Sheriddin Boboev, 15. Shahrom Samiyev, 16. Fathullo Boboev (GK), 22. Karomatullo Saidov, 23. Shokhrukh Kirgizboev (GK).



Paparkan Komen