Sukan SEA 2019 : Skuad Bola Jaring Berjaya Pertahankan Pingat Emas

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 minggu yang lalu

Pasukan bola jaring Malaysia berjaya mempertahankan pingat emas Sukan SEA 2019 selepas berjaya menewaskan musuh ketat zaman berzaman, Singapura di perlawanan akhir bagi menentukan pemenanga pingat emas.

Pada Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 skuad bola jaring berjaya menamatkan kemarau pingat emas selama 16 tahun Malaysia dan ketika itu Malaysia juga berjaya menewaskan Singapura diperlawanan akhir.

Perlawanan antara Malaysia berlangsung sengit dan padu dalam aksi kejar mengejar mata terutamanya masa separuh masa pertama dan kedua dengan perbezaan mata yang tipis.

Pada set pertama permainan berakhir dengan memihak kepada Singapura dengan kedudukan 12-13 dan Malaysia bangkit pada set kedua untuk menyamakan kedudukan 21-21.

Malaysia tidak menoleh kebelakang lagi apabila garang menamatkan set ketiga dengan pungutan mata 19-9 dengan kedudukan 10 mata di depan 40-30.

Singapura bukan kaleng-kaleng pasukan apabila mengejar di set keempat namun Malaysia tidak duduk saja dan turut mengutip mata untuk keputusan akhir 48-42.

Final : Malaysia 48-42 Singapura

Q1 : 12 - 13
Q2 : 9 - 8
Q3 : 19 - 9
Q4 : 8 - 12

Pasukan Bola Jaring Malaysia ke Sukan SEA 2019 meneruskan momentum kemenangan diperingkat kumpulan apabila menewaskan kesemua lawan di peringkat kumpulan termasuk Singapura.

Diseparuh akhir Malaysia bertemu Brunei sekali lagi dan menang 64-40 sebelum mara ke final manakala Singapura menewaskan Thailand dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.

Perlawanan penuh bola jaring final Malaysia vs Singapura.

Keputusan perlawanan skuad bola jaring di Sukan SEA 2019 :

Final : Malaysia 48-42 Singapura

Semi Final : Malaysia 64-40 Brunei

Malaysia 54-49 Singapura

Brunei 23-69 Malaysia

Malaysia 88-25 Philippines

Thailand 42-62 Malaysia

Semi Final : Malaysia 64-40 Brunei

Sekali lagi Brunei bertemu Malaysia kali ini untuk penentuan pingat dan Malaysia menang dengan tetangan sengit daripada Brunei.

Q1 : 17 - 13
Q2 : 16 - 8
Q3 : 19 - 8
Q4 : 13 - 11

Malaysia 54-49 Singapura

Singapura menanti untuk penentuan juara kumpulan dan Malaysia bertemu Brunei di separuh akhir.

Q1 : 15 - 12
Q2 : 13 - 12
Q3 : 12 - 14
Q4 : 14 - 11

Brunei 23-69 Malaysia

Malaysia meneruskan rentetan kemenangan kali ini ke atas Brunei.

Q1 : 5 - 17
Q2 : 10 - 19
Q3 : 3 - 17
Q4 : 5 - 16

Malaysia 88-25 Philippines

Mudah buat Malaysia menewaskan pasukan tuan rumah, Filipina di perlawanan kedua.

Q1 : 23 - 7
Q2 : 21 - 8
Q3 : 22 - 6
Q4 : 22 - 4

Thailand 42-62 Malaysia

Malaysia bermula langkah kanan apabila menewaskan Thailand di perlawanan pembukaan.

Q1 : 7 - 17
Q2 : 13 - 10
Q3 : 11 - 16
Q4 : 11 - 19



Paparkan Komen