Sukan SEA 2019 : Rabak Payung Wartawan Astro Arena Ditiup Angin

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 minggu yang lalu

Rabak dan rosak teruk payung wartawan wanita Astro Arena, Fina Nasrom ketika membuat liputan Sukan SEA 2019 di Filipina selepas ditiup angin yang kuat ketika siaran langsung.

Ketika kejadian Fina Nasrom yang berada di Manila sedang berlintas langsung bersama dua rakan setugas di studio yang berpangkalan di Petaling Jaya. Malaysia.

Azlan Mubin dan Dayang yang berada di studio telah bertanya mengenai keadaan cuaca di Filipina.

Dayang : Macam mana keadaan di sana? Teruk ke hujan dia? Ribut dia?

Fina Nasrom : Disebabkan cuaca hari ini saya terpaksa gumpalkan rambut kepok saya ni dan inilah keadaan semasa yang kita boleh lihat, angin bertiup kencang sekali.

Selepas menyebut 'angin bertiup kencang sekali' teruk payung yang dipegang Fina Nasrom tinggal batang besi sahaja.

Semoga semua wartawan, petugas dan atlet Malaysia yang berada di sana berada dalam keadaan selamat.

Filipina kini berhadapan dengan ribut Taufan Kammuri yang mula melanda petang semalam dan pagi ini dan sudah lebih 70,000 penduduk yang berada dilaluan taufan dipindahkan.

Taufan Kammuri yang datang daripada lautan Pasifik itu memungkinkan penganjur Sukan SEA akan membatalkan atau menangguhkan beberapa acara yang teruk dilanda taufan.

Menurut laporan kaji cuaca taufan Kammuri akan membawa angin yang kencang yang mampu mencecah kelajuan sehingga 170 kilometer sejam.

Untuk rekod, secara purata Filipina dilanda taufan dan ribut 20 kali setahun.



Paparkan Komen