Sukan SEA 2019 : Pingat Emas Lagi Dari Farah Ann

Encik Bakri oleh Encik Bakri 6 hari yang lalu

Ratu Gimnas negara menutup acara gimanstik artistik di Sukan SEA 2019 Manila Filipina pada hari terakhir dengan kilauan emas apabila menghadirkan sebutir lagi pingat ini kali ini dalam acara senaman lantai yang sememangnya menjadi makanannya.

Ini merupakan pingat emas ketiga Farah Ann di Sukan SEA 2019 di mana dua lagi pingat emas diperolehi dalam acara palang tidak sejajar dan Individual All-Around.

Farah Ann mempertahankan pingat emas dalam acara senaman lantai secara hatrik dalam acara kegemarannya itu Sejak Sukan SEA 2015 Singapura, Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur dan terkini di Sukan SEA 2019 Filipina.

Aksi yang menarik lagi mempesonakan dipersembahkan oleh Farah Ann Abdul Hadi yang meraih 12.600 mata daripada juri dengan 4.600 mata untuk dificulty dan 8.000 untuk execution.

Tempat kedua, pingat perak diraih oleh Rifda Irfanaluthfi dari Indonesia dan gimnas Vietnam, Tran Doan Qunyh Nam meraih ganga.

1. Emas - Farah Ann Abdul Hadi(Malaysia) - 12.600 mata
2. Perak - Rifda Irfanaluthfi(Indonesia) - 12.333 mata
3. Gangsa - Tran Doan Qunyh Nam(Vietnam)- 13.033 mata

Sebelum ke Sukan SEA 2019, Farah Ann telah melayakkan diri ke sukan Olimpik Tokyo 2020 yang merupakan satu impiannya sejak kecil dan sejak menjadi gimnas dan menjadi gimnas pertama layak dalam tempoh 16 tahun.

Farah Ann menjadi gimnas ketiga Malaysia yang layak ke Olimpik. Au Li Yen layak pada Sukan Olimpik 2000 di Sydney dan Ng Shu Wai Sukan Olimpik 2004 di Athens yang kini menjadi jurulatih Farah Ann.

Gimnas Malaysia yang pernah layak ke Olimpik :

1. Au Li Yen - Sukan Olimpik 2000 Sydney Australia
2. Ng Shu Wai - Sukan Olimpik 2004 Athens Greece
3. Farah Ann - Sukan Olimpik 2020 Tokyo Jepun

Ini merupakan pingat emas ke-6 Farah Ann yang kini berusia 25 tahun sepanjang penglibatannya di Sukan SEA :

Sukan SEA 2015 Singapura

1. Acara berpasukan - Emas
2. Acara senaman lantai Emas

Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur

1. Acara berpasukan - Emas
2. Acara senaman lantai - Emas

Sukan SEA 2019 Filipina

1. Individu Keseluruhan - Emas
2. Palang Tidak Sejajar - Emas
3. Senaman Lantai - Emas



Paparkan Komen