Skill, Hantaran Dan Gol Padu TMJ vs Rest of The World

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 minggu yang lalu

Perlawanan amal yang membabitkan pemain handalan dan lagenda bola sepak dunia antara JDT TMJ menentang JDT Rest of The World telah berlangsung dengan hangatnya di Larkin.

Perlawanan sedap ini menyaksikan 14 gol terhasil dan HRH Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim atau TMJ turut mencatat nama sebagai penjaring.

Dilihat kepada senarai pemain yang turun beraksi sememangnya mampu melelehkan air liur peminat bola sepak dunia.

Jaringan yang dilakukan TMJ hasil daripada satu sepakan lencong ke kanan gawang yang menyaksikan bola cantik terhasil.

Florent Molouda membuat satu setting melalui backheel cantik sebelum TMJ datang dari belakang lalu dilencongkan bola itu.

Tapi sepanjang perlawanan TMJ telah mempamerkan aksi yang sangat mengujakan dengan hantaran-hantaran yang memulakan gerakan gol.

Dua gol berpunca dari gerakan yang dimulakan oleh TMJ. Bukan biasa-biasa mampu beraksi dengan gaya permainan pemain lagenda dunia.

TMJ : Farizal Marlias, Florent Malouda, Robert Pires, Claude Makélélé, Esteban Cambiasso, HRH Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (C), Luciano Figueroa, Ervin Boban, Marco Materazzi, Gianluca Zambrotta, David Trezeguet

Simpanan : Tengku Salehuddin Shah, Khairy Jamaludin, Safawi Rasid, Akhyar Rashid, Diogo Luís Santo, Hariss Harun, La'Vere Corbin-Ong, Satish

ROTW : Izham Tarmizi, Alistair Edward, Joe Flizzow, Benjamin Mora, Martin Hugo Prest (C), Edgar Davids, Bebeto, Claudio Caniggia, Louis Saha, Rivaldo, Tengku Shahrain Shah

Simpanan : Tengku Shariffuddin Shah, Leandro Sebastián Velázquez, Safiq Rahim, Fadhli Shas, Aidil Zafuan, Shane, Vijhay, Saladin, Farhan




Paparkan Komen