Serie A 2019/20 : Inter Milan 1-2 Juventus

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 minggu yang lalu

Gonzalo Higuainc terus menjadi wira Juventus apabila menjaringkan gol lewat permainan untuk memberi kemenangan kepada Perempuan Tua sekaligus kembali ke puncak liga.

Paulo Dybala meletakkan Juventus didepan seawal minit ke-4 perlawanan selepas meyempurnakan hantaran panjang cantik dari Miralem Pjanic.

Cristiano Ronaldo hampir menggandakan kedudukan namun rembatan padu jarak jauh itu terkena palang.

Lautaro Martinez telah memadamkan gol Dybala melalui satu sepakan penlati.

Ronaldo hampir meletakkan Juventus dihadapan namun jaringannya itu dibatalkan kerana Dybala berada dikedudukan offside.

Akhirnya pemain kesayangan Maurizio Sarri menjaringkan gol kemenangan Juventus dan menamatkan 6 perlawanan tanpa kalah Inter Milan.

Inter Milan: Handanovic, Godin (Bastoni 54), de Vrij, Skriniar, D'Ambrosio, Barella, Brozovic, Sensi (Vecino 34), Asamoah, Lukaku, Martinez (Politano 78)

Substitutes: Gagliardini, Ranocchia, Lazaro, Valero, Dimarco, Padelli, Esposito, Biraghi, Candreva

Juventus: Szczesny, Cuadrado, Bonucci, de Ligt, Sandro, Pjanic, Khedira (Bentancur 62), Matuidi, Bernardeschi (Higuain 62), Dybala (Can 71), Ronaldo

Substitutes: Ramsey, Rugani, Rabiot, Demiral, Pinsoglio, Buffon




Paparkan Komen