Sepakan Penalti Yang Aneh Lagi Unik Dari Jorginho

Encik Bakri oleh Encik Bakri 5 hari yang lalu

Jorginho membuat debut bersama Chelsea di Prenier League dan terus mempamerkan kebijkasaan dengan banyak membuat tetapan dan membuat sumbangan pada separuh masa pertama.

Pemain berharga £57 juta itu menghulurkan kaki untuk memulakan gerakan dan hasilnya hantaran Willian membolehkan N'Golo Kante menjaringkan gol pertama Chelsea musim ini.

Jorginho menyempurnakan sepakan penalti untuk gol kedua selepqs Marcos Alonso dijatuhkan ketika melakukan rembatan.

Jorginho menjaringkan sepakan penalti dengan aksi yang aneh lagi unik, di mana beliau berhenti seketika dan menghentak kaki ke tanah mengacah penjaga gol sebelum menolak masuk bola.

Ada yang tidak mampu menahan nafsu melihat sepakan penalti Jorginho.

Jorginho merupakan pemain kelahiran Brazil telah menyertai Chelsea dari Napoli dengan yuran perpindahan bernilai £57 juta je telah bermula dari kesebelasan utama.

Walaupun lahir di Brazil, Jorginho telah berpindah ke Itali seawal usia remaja untuk mengembangkan karier bolasepaknya seperti yang ada pada hari ini.

Jorginho telah menyertai Napoli pada tahun 2014 dan tidak lama selepas itu mengumumkan niatnya untuk menyarung jersi kebangsaan Itali sebagai pilihan hati.

Bekas pemain tengah Napoli ini telah menolak tawaran untuk bersama Manchester City bagi kembali bersatu bersama Sarri di Stamford Bridge.

Setakat ini, Jorginho telah mengumpul 6 penampilan bersama skuad Azzurri. Saksikanlah sepakan penalti yang agak aneh dari Jorginho.




Paparkan Komen